top of page

Kementerian Kesihatan terus pantau situasi penularan Covid-19



Sebanyak 12 kes Covid-19 subvarian Arcturus dilaporkan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.


Dr Zaliha bagaimanapun berkata sebanyak enam kes dikesan di Sarawak, empat di Selangor manakala dua lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kesemuanya bergejala ringan dan stabil.


"Penilaian risiko peringkat global melaporkan risiko jangkitan dan keterukan kes yang disebabkan oleh subvarian XBB1.16 (Arcturus) adalah lebih rendah daripada subvarian XBB.1.5 dan varian/subvarian lain yang telah dilaporkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut memberitahu, subvarian di bawah famili varian Omicron tersebut yang dikesan sejak Mac lalu itu tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan dan hospital selain keadaan jangkitan masih terkawal.


"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengelaskannya sebagai Variant of Interest (VOI) sejak 17 April 2023.


"Ini bermakna hasil penilaian risiko Kumpulan Pakar Teknikal Evolusi Virus SARS-CoV-WHO telah menilaikannya sebagai suatu subvarian yang memerlukan perhatian, tetapi tidak diletakkan dalam kelas varian di bawah pemantauan," tambah beliau lagi.


Sementara itu, Dr Zaliha ketika mengulas mengenai situasi Covid-19 dalam negara berkata kes terkini yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 16/2023 telah turun sebanyak 6.4 peratus iaitu daripada 5,149 kes pada ME 15/2023 kepada 4,817 kes.


Varian Omicron kekal sebagai satu-satunya varian yang sedang menular dan sehingga kini sebanyak 70.97 peratus (18,319 kes) daripada jumlah kumulatif kes yang dijangkiti, dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan VOI jenis varian Omicron dan subvariannya.


KKM jelas beliau, akan terus memantau situasi dan varian atau subvarian Covid-19 di dalam dan luar negara, selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus Covid-19 dengan selamat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page