top of page

Kementerian Kesihatan pantau peningkatan Covid-19 di Singapura



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Kesihatan sedang memantau trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes Covid-19 yang dilaporkan oleh Singapura.


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mendapat maklumat ia adalah gabungan bahagian sub-varian KP.1 dan KP.2 kini merekodkan lebih dua pertiga (2/3) kes Covid-19 di Singapura.


"Di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada minggu 12 hingga 18 Mei 2024 ialah 1,230, berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya (peningkatan 14.8 peratus) dan tiada kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April lalu.


"Mengenai varian yang sedang menular, kementerian telah melaporkan setiap KP.1.1 dan KP.2.1 pada Mac 2024, kedua-duanya mempunyai simptom ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19," katanya menerusi platform X pada Ahad.


Justeru jelasnya, KKM akan terus memantau keadaan tersebut sementara memberi jaminan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.


Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya menjaga kebersihan diri, mengurangkan interaksi sosial apabila berasa tidak sihat dan memakai topeng jika berada dalam kumpulan berisiko tinggi di kawasan yang sangat sesak, atau jika bergejala.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page