top of page

Kementerian Kesihatan guna 4 strategi bendung Covid 19



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan 4 strategi dalam membendung endemik Covid 19.


Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, langkah proaktif itu akan dilaksana kementerian susulan situasi semasa jangkitan Covid-19 yang hampir menjadi pandemik di negara China.


"Mengambil kira Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes Covid 19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes," kata Ahli Parlimen Sekijang itu.


Zaliha turut memberitahu pihak kementerian akan melaksana 4 strategi utama bagi menangani jangkitan wabak tersebut di negara ini, seperti Memperkukuhkan pemerhatian Covid-19 dalam komuniti, persekitaran dan makmal; Melindungi komuniti melalui pemberian vaksin termasuk kumpulan rentan dan berisiko tinggi; Mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon sistem perkhidmatan kesihatan awam dan memperkasakan komuniti melalui penglibatan dan advokasi berterusan.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui laporan mingguan situasi Covid-19 yang dikeluarkan baru-baru ini memberitahu, sebanyak 148,659 kes positif Covid-19 dengan 442 kes kematian bagi minggu epidemiologi (ME) ke-50 (11 hingga 17 Disember 2022) telah dilaporkan di negara China.


Secara keseluruhannya, WHO menyatakan trend kes Covid-19 adalah masih berada dalam keadaan yang terkawal di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.


"Di Malaysia setakat 24 Disember 2022, sebahagian besar varian SARS-CoV-2 yang dikesan adalah varian Omicron (66.17%), diikuti oleh varian Delta (32.69%), Beta (1.06%); dan Alpha (0.08%). Daripada kumulatif varian Omicron yang dikesan,


"61.6% adalah subvarian BA.5.2 dan 10.8% adalah subvarian XBB.1 dan tiga (3) kes subvarian BF.7,


"Walau bagaimanapun, tiada peningkatan mendadak di dalam jumlah kes Covid-19 di dalam negara serta kes yang memerlukan kemasukan ke hospital kesan daripada langkah-langkah kesihatan awam dan imuniti kelompok yang terhasil daripada liputan vaksinasi COVID-19 yang luas," kata Zaliha merujuk situasi semasa dalam negara.


Sehubungan itu, selain strategi yang telah digariskan oleh KKM, Zaliha turut menyeru masyarakat terus mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan Covid-19 dan penyakit berjangkit yang lain.


Orang awam jelasnya disarankan agar sentiasa mengamalkan TRIIS (Test,Report, Isolate, Inform, Seek).


"Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai.


"Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian Covid-19 kendiri.


"KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan Covid-19 di dalam dan luar negara serta bekerjasama rapat dengan WHO, China serta negara-negara ASEAN demi memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan," tambah Zaliha lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page