top of page

'Kementerian fahami masalah anak seni, masa laksanakan pelan bertindak' - Fahmi

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jun 26, 2023
1 min read


Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah hadam dan memahami dengan sebaik baiknya masalah anak seni di Malaysia melalui 4 sesi Town Hall bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif dan filem.


Bagi Menteri KKD, Ahmad Fahmi Fadzil, pemahaman masalah sebenar sektor seni negara itu amat penting agar penyelesaian tuntas ke atas masalah yang dihadapi dapat dirancang sesempurna mungkin.


"6 bulan pertama, saya ingin pastikan suara pemain industri kreatif didengari. Semestinya, merekalah yang paling tahu masalah yang berlaku dalam industri ini.


"Saya telah mendengar suara anak seni melalui 4 sesi townhall bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif, dan filem.


"Adakah "mendengar" sahaja sudah cukup? Tidak. Itu hanya langkah pertama untuk saya faham masalah yang dihadapi," katanya.


Oleh itu, hari ini, Fahmi telah mengadakan perbincangan panjang bersama Kementerian dan agensi di bawahnya untuk menganalisis dapatan sesi townhall tersebut.


Beberapa pelan tindakan telah dikemukakan dan Kementerian akan melaksanakan langkah penyelesaian fasa demi fasa.


"Pelan tindakan telah pun dibentangkan tadi. Kesemua permasalahan ini akan diselesaikan mengikut fasa, di mana pelan tindakan fasa pertama akan bermula seawal suku ketiga 2023.


"InshaAllah selangkah ke arah reformasi industri kreatif," katanya lagi.


Untuk rekod, sesi townhall yang diadakan oleh KKD adalah yang paling menyeluruh meliputi semua bidang seni kreatif berbanding tindakan tindakan kementerian dalam pentadbiran sebelum ini.


Sesi berkenaan pula telah mendapat sambutan baik daripada kalangan pemain industri seni tempatan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page