top of page

Kementerian Ekonomi tumpu tangani kemiskinan, tingkat inovasi



Kementerian Ekonomi akan menumpukan usaha menangani kesusahan hidup rakyat terutama golongan B40 dan miskin.


Menterinya, Mohd Rafizi Ramli berkata selepas Belanjawan 2023 dibentangkan pada Jumaat ini Kementerian itu akan fokus kepada program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan meningkatkan pendapatan isi rumah B40.


"Kita akan menumpukan kepada Inisiatif Pendapatan Rakyat yang akan memberi fokus kepada pendapatan miskin tegar dan juga golongan B40 seluruh negara sebagai strategi utama basmi kemiskinan.


"Kita ada 126,000 keluarga yang masih berada di bawah garis miskin tegar, dan sasaran kita tahun 2023 ini dengan pendekatan melibatkan semua pihak, kita boleh dapatkan penyertaan 100,000 lagi, supaya ada tempoh 24 bulan dari tahun ini dan 2025.


"Supaya sasaran dalam Rancangan Malaysia ke 12 kita hapuskan miskin tegar dapat dicapai," katanya pada majlis Perjumpaan Bulanan Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian Ekonomi dari Dewan Sri Siantan, Putrajaya, pagi tadi.


Selain itu, menurut Rafizi lagi, kementerian itu juga terlibat untuk meningkatkan inovasi dalam kalangan rakyat.


Beliau, katanya akan berusaha untuk membawa seberapa banyak rakyat Malaysia terlibat dalam inovasi produk yang menjadi penjana pertumbuhan ekonomi di negara rantau Asia.


Rafizi dalam pada itu gembira kerana Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah diluluskan kabinet dan akan menjadi badan pemikir untuk merancang strategi ekonomi secara yang lebih baik


Katanya, keputusan yang dibuat MTEN nanti bukan untuk jangka pendek tetapi melibatkan 10 - 15 tahun ke hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page