top of page

Kementerian Ekonomi rangka dasar kurangkan AP-IP



Suatu kertas dasar bagi mengurangkan permit diluluskan (approved permit atau AP) dan permit import (import permit atau IP) sedang dibangunkan, kata Menteri Ekonomi.


Rafizi Ramli pada Selasa memberitahu, kertas dasar itu yang tujuannya untuk menurunkan harga barang kemudian akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara


"Dengan mengurangkan atau mengehadkan AP dan IP, kerajaan berharap akan dapat menurunkan harga barang khususnya barang import.


"Ini akan secara langsung membantu meningkatkan kuasa beli rakyat dan meringankan kesan inflasi," katanya.


Beliau sebelumnya bercakap dalam sidang media mengenai penerbitan Indeks Harga Pengguna di Menara Prisma di Putrajaya.


Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan terus berusaha untuk memastikan pasaran lebih berdaya saing agar harga barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih berpatutan.


Untuk itu, kerajaan berpandangan masih ada ruang untuk memperbaiki peraturan anti-monopoli dan persaingan.


"Pengawalan inflasi dan peningkatan kuasa beli rakyat komponen kritikal ekonomi madani.


"Pendekatan ini akan dilaksanakan dalam cara yang inklusif, berkesan, dan berkekalan untuk memastikan kesejahteraan rakyat," tambahnya.


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini mendedahkan kadar inflasi pada Julai mereda kepada 2.0% berbanding 2.4% pada Jun yang merupakan kadar inflasi terendah dalam setahun.


Selain itu kadar inflasi negara mencatatkan penurunan sembilan bulan berturut-turut sekaligus mencerminkan trend harga yang semakin stabil dan berterusan.


Mengulas mengenai kadar inflasi yang lebih baik direkodkan, Rafizi berkata, pengawalan kadar inflasi salah satu dari keutamaan kerajaan hari ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page