top of page

Kementerian Digital wujud tujuh garis panduan lindungi data peribadi



Oleh: Abdullah Zaid


Selaras dengan perkembangan semasa, Kementerian Digital mengariskan tujuh panduan baharu perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709).


Menterinya, Gobind Singh Deo berkata garis panduan tersebut akan dibentang di Parlimen pada sidang Dewan Mac ini selain membuat kerjasama Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Futurise Sdn Bhd (Futurise).


Jelasnya, perkara itu membabitkan Garis Panduan Notifikasi Ketirisan Data Peribadi, Garis Panduan Pegawai Perlindungan Data, Garis Panduan Hak Mudah Alih Data serta Garis Panduan Mekanisme dan Pelaksanaan.


Ia juga merangkumi Garis Panduan Penilaian Impak Perlindungan Data, Garis Panduan Mereka Bentuk Berdasarkan Privasi serta Garis Panduan Pembuatan Keputusan Individu Secara Automatik dan Pemprofilan.


"Selaras dengan pindaan (Akta 709) yang dicadangkan, terdapat keperluan untuk memantapkan pelaksanaan pindaan akta terbabit dan untuk tujuan itu, Persuruhjaya PDP mengadakan pertemuan dengan Futurise selaku peneraju inisiatif Medan Uji Regulatori Negara.


"Selain itu beberapa pertemuan dan perbincangan, Pesuruhjaya PDP dan Futurise bersetuju untuk bekerjasama bagi membangunkan beberapa garis panduan baharu serta menambah baik Standard Perlindungan Data Peribadi," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Gobind, selain membangunkan garis panduan, Pesuruhjaya PDP dan Futurise akan mengadakan kerjasama dalam mendigitalkan proses pengurusan perlindungan data peribadi melalui Portal Perlindungan Data Peribadi.


Portal tersebut antara lain membolehkan semua pengguna data yang ditakrifkan di bawah Akta 709 melakukan transaksi secara dalam talian bagi proses pendaftaran baharu Pegawai Perlindungan Data.


"Ia bertujuan untuk membangunkan rangka kerja kemahiran dan pensijilan Pegawai Perlindungan Data di peringkat kebangsaan," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page