top of page

Kementerian Digital sasar bentang RUU tadbir urus AI suku pertama 2027

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
2 hours ago
1 min read

Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan tadbir urus kecerdasan buatan (AI) disasar untuk dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan.


Menteri Digital, Gobind Singh Deo (gambar) berkata, draf RUU berkenaan sudah siap disediakan dan kini sedang melalui proses kajian semula sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.


"Ada beberapa perkara yang saya telah minta supaya dikaji semula. Perkara itu dalam proses dan saya harap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat untuk dibawa ke Kabinet," katanya dipetik laporan media.


Gobind berkata begitu ketika ditemui di forum ‘Digital & AI: Reinviting the Economic Engine in the Age of Embedded Intelligence’ sempena Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), semalam.


Mengulas lanjut mengenai RUU tersebut beliau menjelaskan, kerajaan perlu memastikan mekanisme penguatkuasaan tersedia bagi membolehkan sebarang peruntukan berkaitan tadbir urus AI dilaksanakan dengan berkesan.


Agensi yang bertanggungjawab memantau dan menguatkuasakan peraturan berkenaan juga perlu diwujudkan selari dengan garis masa pembentangan RUU tersebut.


"Bila kita ada draf, kita kena pastikan bahawa apa yang kita nak kemukakan itu boleh dikuatkuasakan dan boleh juga dilaksanakan dengan baik.


"Oleh sebab itu, agensi-agensi yang diperlukan untuk tujuan tersebut juga perlu kita pastikan didirikan selari dengan had masa yang kita ada untuk bentangkan di Parlimen," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page