top of page

Kementerian Digital diwujudkan mendepani persaingan - PM



Kementerian Digital yang diwujudkan susulan rombakan Kabinet bulan lalu bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan pantas transformasi digital.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin berkata, Malaysia tidak akan mampu bersaing dengan pantas tanpa memberi fokus dalam bidang digital.


"Program digital harus dilakukan dengan lebih drastik, agresif daripada yang dahulu, kalau tidak, kita akan ketinggalan," katanya.


Pada masa sama jelas beliau, kerajaan mahu memastikan keghairahan memacu pertumbuhan ekonomi digital, meningkatkan mutu pendidikan dan kesihatan tidak akan meminggirkan soal pembangunan nilai kemanusiaan, keadilan serta akhlak yang baik.


"Digital itu melibatkan soal nilai. Ia satu prakasa baharu yang menekan soal teknologi baharu, tetapi kita mesti mengakar ke bumi. Kita ada sistem keyakinan dan nilai kita. Hal ini harus kita dekati," katanya.


Sementara itu Anwar pada majlis perjumpaan itu turut menggesa kakitangan awam mendukung usaha kerajaan.


Hal itu jelasnya perlu dilaksana merentasi kementerian dan jabatan sama, ada dalam soal undang-undang, pendidikan dan kesihatan.


"Janganlah fikir langkah lama - ini jabatan saya, kementerian saya (sebaliknya) mesti merentasi kementerian.


"Mudah-mudahan dengan pendekatan ini dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk melanjutkan beberapa acara reform penjawat awam, kita dapat maju kedepan di tahun 2024 di tahap yang lebih cemerlang," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page