top of page

Kementerian akan perkenal perbaharui cukai jalan di telefon



Urusan di kaunter perkhidmatan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan sistem baharu tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.


Ahli Parlimen Seremban itu berkata, butiran sistem baharu proses memperbaharui cukai jalan, pensijilan kenderaan, lesen motor dan memandu itu akan diumumkan selepas Tahun Baharu Cina.


"Bayangkan memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu melalui aplikasi pada telefon bimbit anda. Ia mudah dan pantas, dan boleh dilakukan mengikut masa dan keselesaan anda sendiri.


"Tidak perlu menunggu perkhidmatan kaunter dan beratur panjang. Kementerian Pengangkutan dan JPJ sedang berusaha ke arah ini," katanya dipetik

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan kementerian kini sedang mengkaji sistem pendigitalan sebagai satu cara untuk mengurangkan orang ramai ke pejabat JPJ.


Walau bagaimanapun jelasnya kementerian akan menjalankan kajian kebolehlaksanaannya dan berharap ia dapat menyelesaikan sesuatu dan mencapai situasi menang-menang untuk semua.


Beliau sementara itu memberitahu, untuk mengurangkan kesesakan di kuanter JPJ ketika ini, pihaknya telah memperbanyak bilangan kiosk di cawangan-cawangan di seluruh negara.


Malah waktu perkhidmatan untuk kiosk juga telah dilanjutkan bagi menjadikan proses memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu lebih mudah, lancar dan pantas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page