top of page

Kementerian, agensi Persekutuan kerjasama bangunkan Kedah - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 5, 2024
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan bekerjasama membangunkan Kedah.


Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kedah di Jitra, malam tadi.


"Kedah punya peranan penting dari segi pengeluaran hasil padi dan menjamin keterjaminan makanan, namun pada masa sama kelompok penanam padi di negeri ini kekal miskin.


"Justeru, saya tekankan betapa kementerian dan agensi persekutuan perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan negeri Kedah, khususnya bagi membasmi kemiskinan.


"Ini termasuklah usaha meningkatkan pendapatan petani menerusi lonjakan hasil padi yang memerlukan perbelanjaan RM5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan," katanya di Facebook.


Selain itu, Anwar turut mengingatkan berkenaan adab dan akhlak antara umat yang berbeza pandangan di antara kerajaan dan pembangkang.


Katanya, Islam mengizinkan umat berbeza pandangan dalam soal tafsiran, pendekatan, strategi dan keutamaan, namun ia perlu diuruskan secara beradab dan berhemah.


"Semoga perbezaan yang ada tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat," kata Anwar lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page