top of page

Kementeri Pertahanan jalin kerjasama tingkat pertahanan siber



Kementerian Pertahanan akan menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha meningkatkan sistem pertahanan siber negara.


Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, antara langkah yang bakal dijalankan melalui kerjasama itu adalah bagi merangka struktur baharu Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan dalam meningkatkan keupayaan sistem pertahanan siber negara.


"Kertas Putih Pertahanan juga menggariskan keperluan organisasi yang berdedikasi untuk mengendalikan domain siber menerusi kerjasama Kementerian Pertahanan dengan organisasi lain.


"Ia bagi mewujudkan struktur pertahanan dan bahagian elektromagnetik, sekali gus penyediaan kepada anggota pertahanan di negara ini setanding dengan organisasi pertahanan siber di rantau ini dan seluruh dunia," katanya dipetik.


Adly turut menegaskan, ada keperluan bagi meningkatkan pertahanan siber negara ketika ini, demi memastikan keselamatan negara terus utuh.


"Pada zaman teknologi tanpa sempadan, bidang Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things, dan blockchain memberi cabaran kepada negara untuk melindungi maklumat penting.


"Saya berharap platform ini akan menyokong dalam membolehkan kerjasama komprehensif dan inklusif antara sektor, malah idealnya menyumbang kepada konsep pertahanan komprehensif, salah satu tonggak strategik Strategi Pertahanan Malaysia," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page