top of page

'Kemenangan simbol prinsip perjuangan tulen masih mengakar dalam KEADILAN'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 hours ago
  • 2 min read

Updated: 14 minutes ago



Kemenangan Setiausaha Politik Pejabat Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin dalam pemilihan semula peringkat cabang semalam dianggap kejayaan bersama anggota KEADILAN Cabang Jempol, Negeri Sembilan.


Menurut Manivanan, kemenangan itu juga membuktikan prinsip perjuangan tulen masih berakar dalam parti.


"Kemenangan ini bukan sekadar kejayaan peribadi. Ia adalah simbol bahawa prinsip perjuangan tulen masih hidup dalam Parti Keadilan Rakyat.


"Kita telah membuktikan bahawa ukhuwah yang kukuh, keikhlasan dalam usaha, dan kejujuran dalam niat adalah tunjang kepada kejayaan yang sebenar


"Amanah ini bukan satu keistimewaan, tetapi satu tanggungjawab besar yang akan saya galas bersama demi memimpin akar umbi dan seluruh rakyat Jempol," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam kenyataan sama, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu turut merakamkan penghargaan khusus kepada pasukannya yang telah mengekalkan tahap profesionalisme dan integriti tinggi sepanjang tempoh berkempen.


Katanya, dalam menghadapi tekanan dan provokasi pasukannya tetap teguh dengan prinsip dan tidak memilih jalan mudah dengan menggunakan strategi serangan peribadi, taktik kotor, menabur fitnah atau provokasi.


"Kami memilih untuk berkempen dengan bermaruah, berlandaskan fakta, dan menjunjung nilai keadilan. Inilah semangat #JempolBangkit yang sebenar – berjuang dengan maruah, menang dengan hormat.


"Sesungguhnya, saya tidak akan mampu berdiri di sini tanpa pasukan yang telah bekerja sepenuh hati selama dua bulan ini," ujarnya.


Ketua Cabang Jempol itu juga menganggap pertandingan kali ini bukan mudah, dan menghadapi cabaran dari pelbagai penjuru.


Justeru, beliau berterima kasih kepada pasukannya yang tidak goyah menghadapi persaingan getir.


"Terima kasih kepada semua anggota Cabang yang menyokong saya sebagai Ketua Cabang Jempol. Kepada rakan-rakan yang mendoakan, yang membantu secara langsung mahupun di sebalik tabir, serta seluruh keluarga besar KEADILAN Jempol dan di seluruh tanah air, saya amat menghargai anda semua.


"Kemenangan ini bukan milik seorang individu. Ia adalah kemenangan kolektif-satu kemenangan bergaya," katanya.


Cabang Jempol sebelum ini dimenangi oleh Azizah Salim Shah, namun kemenangannya dibatalkan kerana didapati masih ahli parti Pejuang semasa pemilihan dan melanggar syarat keanggotaan dalam KEADILAN.


Dalam pemilihan semalam Manivanan mendapat 571 undi, menewaskan Mohd Asri Abdullah (229 undi) dan Mariappan Kattaiyan (39 undi).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page