top of page

Kemenangan Pas PRK Kemaman tiada peningkatan undi besar



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Terengganu menyifatkan kemenangan Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini bukanlah sesuatu yang luar biasa sebagaimana dihebohkan oleh pembangkang.


Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata, majoriti yang diperoleh oleh Pas tidak menunjukan lonjakan besar biarpun calon mereka Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden Pas.


"Kemenangan Pas bukanlah sesuatu yang luar biasa sebenarnya, ada lingkungan seribu sahaja (peningkatan) undi berbanding PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15).


"Walaupun itu adalah calon panglima Pas, namun ia tidak memberi kesan signifikan kepada Pas yang memiliki segala kelebihan (untuk memenangi PRK Kemaman)," katanya beliau dalam wawancara Sumbertv, malam tadi.


Jelasnya, dalam PRK Kemaman tersebut, blok pembangkang sepatutnya mendapat undi lebih tinggi kerana mengisytiharkan Dr Samsuri sebagai bakal Perdana Menteri demi menarik sokongan pengundi.


"Namun jumlah mereka yang mengundi Pas sebenarnya tidak berubah dari segi ratio dan komposisi sama sama seperti PRU15.


"Apa yang diharapkan pimpinan Pas meletakkan Dr Samsuri (calon Pas) dapat melonjak naik majoriti 40 hingga 50 ribu, tetapi tidak berlaku. Ia sudah pasti menghairankan pimpinan mereka," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Azan yakin pengundi Pas sudah mencapai tahap ‘tepu’ memandangkan peralihan undian pengundi Atas Pagar tidak memberi kesan yang besar kepada parti itu.


"Pas dalam keadaan sekarang berada pada tahap tepu dan ia sukar untuk menambah undi walaupun personaliti calon yang ditampilkan itu tidak memberi suntikan (peningkatan undi) kepada pengundi," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page