top of page

Kemenangan Pas di kemaman seharusnya lebih besar



Oleh: Abdullah Zaid


Pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Pas mendabik dada bahawa calon mereka Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan ikon baharu sanjungan orang Melayu dan layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri.


Namun bagi penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, keputusan di Kemaman bukanlah satu kayu ukur yang baik untuk melihat momentum sokongan kepada Pas kerana kawasan itu sejak sepenggal lalu merupakan kubu kuat parti tersebut.


Malah, katanya, Pas seharusnya menerima peralihan sokongan yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu kerana dalam kempen PN di Kemaman nama Samsuri telah dimasyhurkan oleh Pengerusi PN sebagai calon PM gabungan berkenaan.


"Majoriti yang diterima Pas sepatutnya boleh mendapat angka lebih besar, tetapi hanya perubahan kecil di kawasan tertentu sahaja yang dimenangi Pas.


"Jadi ia bukan satu kemenangan besar buat Pas dengan 65 peratus keluar mengundi. Saya yakin faktor kemenangan tersebut bukan hanya pada kekuatan parti itu tetapi, dibantu dengan faktor lain," katanya dalam forum Sumbertv, baru baru ini.


Bagaimanapun, Tawfik turut berpandangan, kemenangan pemimpin teknokrat itu mampu meredakan suhu politik negara susulan pendekatan beliau yang lebih sederhana, selain mempunyai hubungan baik dengan kerajaan pusat.


Jelasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah menzahirkan hasrat yang sama berkenaan ADUN Ru Rendang berkenaan yang dilihat berbeza dengan pemimpin Pas yang lain.


"Dr Sam (Samsuri) akan menjadi pengimbang dalam kepimpinan Pas untuk lebih terbuka dan dekat dengan PMX dan bersederhana.


"Selain itu, PMX ada menyebut beliau seolah-olah agak selesa dengan Dr Sam berbanding Menteri Besar Pas yang lain. Jadi saya lihat, ini merupakan strategi politik yang baik untuk negara," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page