top of page

Kemenangan Erdorgan: Era Kestabilan Politik Turkiye Diteruskan

Updated: May 30, 2023



Oleh: Ahmad Nadhir Yob


ULASAN: Presiden Turkiye Receb Tayyib Erdorgan sekali lagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam arena politik negara itu dengan memenangi pusingan kedua pilihanraya presiden Turki pada 28 Mei 2023.


Beliau memperoleh undi sekitar 52% berbanding pencabarnya Kemal Kilicdaroglu yang mendapat undi 47%


Menyorot sejarah bagaimana Erdorgan berada di tampuk kuasa, perjalannya agak menarik untuk dikaji bersama.


Parti AK ambilalih kuasa


Erdorgan melalui parti beliau, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) menjadi parti pemerintah Turki pada tahun 2002.


Sebelum kemenangan AK Party, Turkiye berada di dalam krisis ekonomi dan negara yang teruk. Bermula dengan rampasan kuasa yang mengulingkan kerajaan Nectmittin Erbakan pada tahun 1997, digantikan oleh Mesut Yilmaz dan kemudiannya

Bulen Ecevit pada tahun 1999


Kerajaan Bulen Ecevit mengalami banyak tribulasi termasuk gempa bumi pada tahun 1999 dan krisis ekonomi yang teruk memaksa Turki memohon dana pemulihan ekonomi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).


Namun begitu apabila AK Party memenangi pilihanraya, perubahan lanskap politik Turkiye dapat dilihat secara ketara di mana AK Party berjaya membawa kestabilan politik yang panjang selama lebih 20 tahun.


Persamaan Turkiye dan Malaysia


Tempoh kestabilan politik ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi Turkiye yang pesat dan megara itu muncul sebagai kuasa serantau serta keluar daripada panggilan sick man of Europe.


Di sini kita dapat melihat bahawa peri pentingnya kestabilan politik bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara yang memberi manfaat kepada rakyat.


Dalam konteks Malaysia, setelah kita mengalami ketidaktentuan politik selama lebih 3 tahun akibat Langkah Sheraton ditambah dengan pandemik Covid 19, Malaysia mengalami kemunduran.


Dengan titah Yang di-Pertuan Agong pasca Pilihan Raya Umum ke 15 menyaksikan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Rakyat Malaysia harus melihat bahawa ini adalah satu peluang keemasan bagi mencapai kestabilan politik justeru membawa kepada ruang yang luas untuk pertumbuhan ekonomi negara.


Ketepikan segala polemik


Mengambil contoh Turki, rakyat Malaysia juga harus berpandangan jauh dan mengetepikan segala polemik politik yang boleh membawa kepada ketidakstabilan politik negara.


Kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi merupakan maslahah umum manakala persaingan kuasa dan perebutan jawatan adalah maslahah peribadi dan kelompok sahaja.


Sebagai rakyat yang bertangungjawab penduduk Malaysia sewajarnya menegakkan maslahah umum yang memberi manfaat terhadap golongan terbanyak serta tidak diperalat oleh individu atau kelompok kecil yang hanya mementingkan kuasa dan jawatan mengetepikan kepentingan rakyat terbanyak.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page