top of page

Kemenangan dua PRK Johor penting kukuhkan perpaduan PH - BN



Oleh: Noraini Nordin


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kemenangan calon PH di dua PRK Johor iaitu Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 September ini penting bagi tujuan mengukuhkan lagi kerjasama antara PH dan BN dalam Kerajaan Perpaduan.


Kata beliau, dalam dua PRK Johor ini, semua jentera BN seluruh negara telah turun berkempen untuk memastikan kemenangan calon PH bagi Palimen Pulai iaitu Suhaizan Kayat.


"Semua ini dilakukan atas nama perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan yang terbentuk sekarang.


"Selepas ini dalam PRK Pelangai di Pahang, di mana calon BN yang bertanding ketika itu nanti semua jentera PH pula akan sama-sama bekerja keras untuk kita.


"Inilah namanya perpaduan dan keikhlasan antara PH dan BN yang telah setuju membentuk Kerajaan Perpaduan," tegasnya ketika berucap di Taman Dahlia, Pulai malam tadi.


Sebab itu, tambah beliau, adalah penting bagi jentera BN dan PH untuk terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan Suhaizan yang mewakili Kerajaan Perpaduan.


Katanya lagi, meskipun kerjasama dan perpaduan antara BN dan PH itu sudah terbukti dalam PRN enam negeri sebelum ini, ia mesti terus diperkukuhkan lagi melalui dua PRK di Johor.


"Selepas ini kita akan buktikan di Pelangai dan di mana-mana juga ada yang ada pilihanraya, perpaduan antara BN dan PH adalah kukuh dan mampu menghasilkan kemenangan," ujarnya.


Sambil melahirkan keyakinan, calon PH akan menang di kedua-dua PRK di Johor ini, Saarani seterusnya mengajak pengundi agar menolak PN pada 9 September akan datang.


Menurut beliau, pengundi harus menolak PN kerana mereka hanya membawa politik 'perpecahan' kepada rakyat dan sama sekali tidak membawa politik kebaikan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page