top of page

Kemenangan di Sungai Petani satu tanggungjawab besar - Taufiq Johari



Kemenangan satu satunya calon kerusi parlimen Pakatan Harapan di Sungai Petani dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 bagi seluruh Kedah merupakan tanggungjawab yang besar buat Ketua Angkatan Muda Kedah, Dr Taufiq Johari.


Bagi beliau menjadi satu satunya Ahli Parlimen dari KEADILAN buat masa ini merupakan cabaran untuk memperlihatkan gerak kerja terbaik agar rakyat Kedah memberi peluang kepada PH pada PRU akan datang.


"Saya telah diamanahkan oleh parti PH untuk bertanding di kerusi parlimen P.015 Sungai Petani bagi membawa agenda suara rakyat ke peringkat parlimen.


"Faktor kemenangan HARAPAN di kerusi Parlimen Sungai Petani bukanlah kerana saya, tetapi disumbangkan oleh seluruh sahabat dan rakyat Sungai Petani


"Sukacita saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat jentera parti PH Sungai Petani, sukarelawan, petugas-petugas pilihanraya, pihak berkuasa dan semua yang telah bertungkus-lumus membantu memberikan kemenangan kepada kita," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan itu, beliau juga mengucapkan penghargaan kepada rakyat Sungai Petani kerana memberi sokongan kepadanya dan perjuangan menegakkan agenda kemakmuran bersama semua bangsa sebagaimana dasar PH.


Beliau berjanji akan berkhidmat sebaik baiknya untuk rakyat Sungai Petani.


"Banyak yang perlu kita lakukan untuk Sungai Petani. Saya dengan rendah hati memohon bantuan dan kerjasama dari semua.


"Jadikanlah kemenangan ini sebagai sebuah iktibar dan tanggungjawab untuk kita galas demi memperjuangkan hak rakyat. Ayuh kita teruskan usaha ini dan tetaplah istiqamah sehingga niat dan tujuan asal kita tercapai," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page