Kemenangan calon Perpaduan manifestasi rakyat sokong kematangan politik
- Suara Keadilan
- Apr 27
- 1 min read

Kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning semalam menandakan sokongan rakyat kepada politik nilai dan matang.
Menurut Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, kemenangan itu menunjukkan rakyat menolak politik adu domba yang ditaja pembangkang PN.
"Parti Amanah Negara dan seluruh komponen Kerajaan Perpaduan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Dr Yusri Bakir atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning.
"Kemenangan ini adalah manifestasi kepercayaan rakyat terhadap prinsip perpaduan, kematangan politik dan gagasan Malaysia Madani yang kita bawa bersama," katanya daam kenyataan.
Tegas Dr Mujahid, AMANAH dan Kerajaan Perpaduan komited untuk terus memperkukuh kerjasama, memperjuangkan agenda rakyat serta memastikan pembangunan dan kesejahteraan diteruskan untuk semua warga DUN Ayer Kuning.
"Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh jentera parti, para penyokong dan rakyat Ayer Kuning yang telah menunjukkan semangat kebersamaan sepanjang kempen.
"Bersama kita bina negeri dan negara dengan nilai keadilan, rahmah dan kemajuan," katanya lagi.
Untuk rekod, calon Barisan Nasional di PRK Ayer Kuning menang bergaya semalam dengan dengan majoriti 5,006 undi
Secara rasmi Dr Mohamad Yusri mendapat 11,065 undi manakala calon PN, Abd Muhaimin Malek mendapat 6,059 undi dan calon PSM Bawani KS hanya memperolehi 1,106 undi.
Comments