top of page

Kemenangan Ahli Parlimen Pas batal, mahkamah dapati berlaku rasuah



Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad yang mewakili Pas pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).


Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dalam keputusannya berkata pihak pempetisyen, iaitu calon BN Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.


Tambah Mohd Firuz, walaupun pempetisyen tidak dikemukakan sebagai saksi, bukti-bukti lain mencukupi untuk mengisytiharkan pilihanraya di Kuala Terengganu terbatal dan tidak sah mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya.


Susulan keputusan itu mahkamah memerintahkan pihak responden membayar RM50,000 kepada pempestiyen dan membenarkan penangguhan keputusan selama 14 hari bagi membolehkan Amzad membuat rayuan serta memfailkan permohonan rasmi penggantungan beliau sebagai Ahli Parlimen.


Pada 3 Januari lepas, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilapor berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan Kerajaan Negeri pada 15 hingga 17 November 2022, iaitu beberapa hari sebelum PRU15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.


Pada PRU15, Amzad memenangi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd Zubir.


Sementara itu, peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata pihaknya akan memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan secepat mungkin selepas Aidiladha.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page