top of page

Kemenangan 2 PRK referendum rakyat PMX kekal 5 tahun


Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan Simpang Jeram diseru untuk memilih dan memenangkan calon yang dibarisi Kerajaan Perpaduan.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata kemenangan bagi kedua kerusi berkenaan juga menjadi referendum atau isyarat jelas bahawa rakyat mahu pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertahankan sehingga tamat penggal 5 tahun.


"Kita mahu pengundi menghantar satu referendum kepada pembangkang yang mahukan kepimpinan Anwar Ibrahim kekal sehingga 5 tahun.


"Ia juga dapat memastikan kestabilan negara dan Johor untuk terus kukuh bagi penggal ini," katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Tampoi, malam tadi.


Selain itu, Yuneswaran juga menegaskan pengundi di kedua kerusi terbabit wajib menggunakan peluang untuk mengundi pada 9 September ini.


Keutamaan, katanya, bukan soal kestabilan politik semata-mata tetapi tanggungjawab sebagai rakyat yang mempunyai hak mengundi.


"Ramai orang kata kepada saya, sudah jadi kerajaan buat apa nak mengundi. Ia bukan soal kita untuk kekal jadi kerajaan tetapi hak dan tanggungjawab kita sebagai pengundi," ujarnya.


Justeru itu, wakil rakyat KEADILAN itu menyeru pengundi bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram tidak memilih pemimpin atas faktor kulit sahaja.


Katanya, pengundi wajar mengangkat pemimpin yang mempunyai kebolehan dan nilai agar dapat memberi manfaat kepada rakyat.


"Sebagai pengundi, undilah pemimpin yang ada nilai bukan sebab warna kulit sahaja.


"Kerana pemimpin yang mempunyai kebolehan dan nilai sahaja boleh membawakan masa depan negara yang lebih baik," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page