top of page

Kemelut Politik di Negeri Sembilan perlu segera selesai - SERKUR

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
19 hours ago
1 min read
Setiausaha Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR), Mejar (B) Razali Zakaria
Setiausaha Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR), Mejar (B) Razali Zakaria

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) menggesa supaya kemelut politik di Negeri Sembilan segera diselesaikan agar tidak terus berpanjangan.


Setiausaha Agungnya, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, ketidaktentuan politik berlarutan sejak lebih tiga bulan lalu menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan kerajaan negeri melaksanakan perancangan serta tanggungjawab pentadbiran.


Malah ia jelasnya turut menjejaskan persediaan kerajaan negeri menghadapi tahun 2027, khususnya berkaitan perancangan bajet negeri.


"Kita sebagai NGO berharap isu di Negeri Sembilan ini dapat diselesaikan segera kerana sudah lebih tiga bulan rakyat dijanjikan dengan keamanan dan kestabilan politik.


"Kepentingan rakyat dan kesinambungan urusan kerajaan negeri perlu diberikan keutamaan berbanding pertikaian mengenai kedudukan Menteri Besar," katanya yang juga anak jadi Negeri Sembilan.


Krisis perlembagaan Negeri Sembilan memasuki episod baharu apabila Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, pada 16 Nov lalu mengumumkan Datuk Ismail Lasim meletakkan jawatan.


Menteri Besar itu kemudian menafikan pernah memberikan persetujuan untuk surat peletakan jawatannya diserahkan kepada pihak istana.


Mengulas isu kedudukan Ismail, Razali berkata, sebarang keputusan berkaitan jawatan Menteri Besar perlu mengambil kira proses perlembagaan dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Justeru beliau turut menggesa menggesa polis menyiasat kemungkinan wujud rancangan menjatuhkan Ismail daripada jawatan itu tanpa persetujuannya.


"Saya juga memohon supaya disiasat sama ada terdapat unsur pakatan jahat jenayah, pemalsuan dokumen, penipuan atau penyalahgunaan kuasa untuk tindakan tersebut," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page