top of page

Kemelut PN - Umno di Melaka: Rakyat wajib tolak 'satu bakul' - Johari Abdul



Kemelut yang melanda negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan akibat mainan politik Perikatan Nasional (PN) dan Umno-BN sewajarnya membuka mata hati rakyat.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, sama ada PN mahu pun BN tidak mempunyai kewibawaan untuk memerintah dan mensejahterakan rakyat.


Hal itu, kata Johari kerana perjuangan kedua-dua parti hanyalah merebut kekayaan dan ghanimah (harta rampasan) serta tidak memikirkan para pengundi yang memilih mereka.


"Kita jatuhkan kerajaan (pada Pilihan Raya Umum ke 14) berasaskan paksi yang cukup nyata. Tetapi dalam kes Melaka ini, sama seperti kes yang berlaku pada PM Mahiaddin.


"Apabila ada kumpulan yang tidak beruas hati kerana cara 'pentadbiran dikendalikan' dan ghanimah yang tidak dibahagikan secara sama rata.


"Bergaduh itu bukan antara pembangkang dan kerajaan. Tetapi di kalangan mereka sendiri, di kalangan pemerintah. Di peringkat Persekutuan yang menjatuhkan ialah Umno dalam kerajaan PN. Di Melaka Umno juga yang jatuhkan kerajaan PN yang mereka bina," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun senario berbeza dengan politik 'ketuanan rakyat' yang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH).


Menurut Johari, PH menjatuhkan BN kerana terbukti gabungan berkenaan terlibat skandal kewangan mega 1MDB.


Oleh itu, katanya apabila PN memerintah, rakyat bukanlah keutamaan tetapi projek, tender, pasir, balak dan sebagainya ditumpukan.


"Ini beza, kita jatuhkan Najib (2018) atas paksi kebenaran. PH jatuhkan Najib atas paksi fundemental. Rasuah, ketidaktelusan dan sebagainya yang akhirnya kita catit dalam manifesto, rakyat sambut laungan kita maka jatuh Najib.


"Hal ini kemudian terbukti apabila mahkamah mengesahkan apa yang kita laungkan itu bukan satu fitnah.


"Berbanding dengan di Melaka dan Mahiaddin. Dia jatuh kerana harta rampasan yang tidak diagihkan sama rata. Yang kedua, masalah pencapaian kerajaan yang tidak baik, kemudian pentadbiran yang kucar kacir. Akibatnya mereka bercakaran," tambah Johari.


Oleh yang demikian, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah itu berpendapat cukuplah rakyat diperintah selama 60 tahun oleh BN dan 2 tahun oleh PN.


Katanya, jika rakyat mengekalkan sekali lagi PN atau BN di peringkat negeri mahu pun Persekutuan maka mereka akan terus menyaksikan kerajaan yang tidak stabil serta terus menerus berebut ghanimah sepanjang masa tanpa mempedulikan rakyat.


"Bagi saya, juga sealiran dengan Majlis Presiden PH, rakyat harus menolak bukan sahaja Umno atau Perikatan tetapi satu bakul itu mesti ditolak.


"Sebab siapa yang naik di kalangan mereka tidak ada jaminan tidak ada kumpulan yang akan menjatuhkan


"Jika rakyat pilih juga mereka maka tidak ada jaminan yang kemelut ini akan tamat," katanya lagi.


Untuk rekod, kejatuhan pentadbiran Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali bulan lalu didakwa akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan exco negeri berikutan projek tambakan laut dan penjualan pasir yang diberikan kepada pihak tertentu tanpa ketelusan.


Berikutan itu 4 exco bertindak menarik sokongan terhadap PN dan keranaan KM Sulaiaman tumbang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page