top of page

Kemelut Ketua Menteri: Situasi PH dan GRS tidak sama - Fahmi



Logik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata situasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelmarin dan Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu serupa, kelihatan lucu.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menolak andaian mudah Saifuddin itu.


Fahmi mempertikaikan seolah-olah Saifuddin bukan merupakan anggota PH ketika PRU 9 Mei 2018 kerana beliau sepatutnya sedar semua calon ketika itu bertanding menggunakan logo KEADILAN. Iaitu sebuah parti yang berdaftar dan diiktiraf Suruhanjaya Pilihan Raya.


Sedangkan situasi sekarang, GRS adalah parti yang tidak berdaftar dan tidak boleh dikira sebagai satu entiti sah yang boleh mencalonkan nama Ketua Menteri Sabah


"Tidak betul logik hujah Datuk Saifuddin Abdullah.


"Pada PRU14, semua parti dalam PH bertanding menggunakan logo KEADILAN, dan menang 113 kerusi iaitu lebih daripada majoriti yang diperlukan.


"Tapi pada PRN Sabah, GRS melibatkan tiga logo (yakni tiga parti) berbeza: PN, BN dan PBS, dan mereka masing-masing menang seperti berikut: PN 17, BN 14 dan PBS 7. Perkara sangat berbeza," katanya dalam komen di Facebook.


Kemelut perlantikan Ketua Menteri Sabah selepas berakhirnya PRN mendapat perhatian umum apabila PN dan BN berebut jawatan utama itu.


Manakala Perlembagaan Sabah menetapkan Ketua Menteri boleh dilantik dari parti berdaftar yang menang kerusi terbanyak. Dalam hal itu Datuk Seri Shafie Apdal layak untuk dilantik sebagai Ketua Menteri dan mencari mana-mana parti yang mahu bergabung bersama Warisan Plus bagi mentadbir negeri.

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page