top of page

Kembara Jumpa Orang Muda 2.0, Sabah berjaya tarik 1,000 peserta

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

Adam Adli bersama lebih kurang seribu peserta Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0
Adam Adli bersama lebih kurang seribu peserta Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0

Oleh: Akmal Manaf


Kampung Tagaroh, Kota Marudu sekali lagi menjadi saksi kebangkitan suara anak muda apabila dianggarkan lebih 1,000 peserta termasuk penduduk kampung, turun padang menjayakan Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) 2.0 yang melabuhkan tirainya semalam.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, Kembara JOM 2.0 di kampung itu bukan kunjungan pertama, sebaliknya ia adalah kali kedua pihaknya kembali menyantuni masyarakat di situ.


''Kita pernah hadir sebelum ini, tapi kita merasakan masih ada banyak lagi yang kita perlu teroka di Kota Marudu dan kita buat lagi sekali dengan konsep kampung angkat.


''Kita ada 61 peserta daripada Kota Kinabalu khususnya dan juga Labuan serta seluruh Sabah. Ini adalah salah satu penyertaan yang paling ramai bukan sahaja dalam kalangan anak angkat, tapi dalam kalangan peserta Townhall kira-kira 800 lebih beserta penduduk kampung (anggaran 1,000 lebih peserta),'' katanya ketika ditemui pemberita di kampung berkenaan semalam.


Untuk rekokd, program itu menghimpunkan belia dari pelbagai komuniti di Kampung Tagaroh, Kota Marudu di Sabah yang berlangsung dari 15 hingga 17 Ogos lalu.

Adam Adli (bertinggung) bersama sama peserta bergotong royong mengecat lantai gelanggang sukan
Adam Adli (bertinggung) bersama sama peserta bergotong royong mengecat lantai gelanggang sukan

Pengisian program Kembara JOM 2.0 Zon Borneo 1 merangkumi Sesi Townhall bersama Adam melibatkan seramai 863 orang belia, program anak angkat, aktiviti kesukarelawanan, program pembangunan kepimpinan belia, aktiviti keusahawanan sosial dan advokasi Nilai Teras Malaysia MADANI.


Pendekatan program keluarga angkat diperkenalkan pada kali ini kerana berupaya memperkukuh semangat kekitaan, memupuk empati sosial dan membina kefahaman antara pelbagai kaum dan budaya.


Seramai 40 peserta dari Sabah dan 21 dari Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan sebanyak 20 keluarga angkat dan program ini berperanan sebagai platform untuk pemprofilan belia luar bandar, penubuhan persatuan baharu, galakan penyertaan belia, serta pelaksanaan kajian sosioekonomi dan keperluan belia setempat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page