top of page

Kembara, aktiviti kemasyarakatan matangkan sisi pandang kehidupan



Anak muda Malaysia disaran agar mengembara dan melakukan dalam aktiviti kemasyarakatan untuk menambahbaik pandangan hidup dan mengembangkan pengetahuan mereka.


Hal itu ditimbulkan dalam kilp video mantan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang mengupas bab Mencari Muafakat, Kembara Peguam Muslim dalam buku bertajuk Lelaki Di Sebalik Pulau, tulisan beliau.


Katanya, beliau bertuah mendapat peluang mengembara mencari satu titik temu agar bagi mendapat kefahaman yang harmoni dan manusiawi.


"Kepada anak muda ingin saya sarankan. Pertama, apa yang kita belajar dalam kelas hanya pemahaman asas. Pemahaman akan bertambah mantap apabila mendapat peluang mengalami sendiri perkara tersebut di lapangan


"Untuk mendapat peluang tersebut ada banyak cara, ada yang mempunyai wang boleh terus dapat peluang. Kalau tidak, hasil kerja kita membantu masyarakat kadang kadang dinilai oleh mereka yang mahu melihat orang macam kita untuk mendapat pendedahan yang baik supaya akan berkembang sebagai seornag individu yang memberi manfaat kepada bangsa dan negara," katanya yang aktif membela gerakan reformasi, peneroka bandar, pengurisan haram dan sering terlibat membantu peguam hebat membawa kes hak asasi manusia sejak berusia 20an.


Pada kesempatan seterusnya, Yusmadi memberitahu dirinya diberi peluang untuk ke Amerika Syarikat dan menyaksikan isu isu kemanusiaan yang lebih besar di sana.


Katanya, beliau berubah fikiran apabila melihat demonstrasi Yahudi konsulat Israel di New York.


"Kebetulan hari Jumaat saya lihat beberapa ratus orang berdemonstrasi di depan konsulat Israel.


"Jadi saya pun ambil tahu siapa mereka dan saya diberitahu mereka adalah orang Israel ortodoks yang menentang pendudukan haram kaum Zionis Israel di Israel itu sendiri.


"Saya masih kurang faham mengapa terdapat kelompok Yahudi ortodoks yang tidak setuju dengan kelompok Zionis


"Itulah pengalaman saya bahawa kaum Yahudi ini juga terdapat kelompok berbeza. Malah kelompok yang berlaku zalim di Palestin, ada orang Yahudi yang tidak bersetuju dengan kezaliman tersebut," katanya.


Hal itu menurut Yusmadi merubah sudut pandang beliau terhadap Yahudi. Bahawa ada kelompok yang boleh diterima dan mempunyai nilai kemanusiaan berbanding yang dipelajarinya di universiti bahawa tidak boleh berurusan sama sekali dengan Yahudi.


"Ia membuatkan saya berfikir jauh. Apabila saya melihat sendiri dengan pengalaman peribadi, ada orang Yahudi tidak bersetuju dengan pendudukan haramm


"Seterusnya dalam artikel Mencari Muafakat (dalam buku tersebut) saya menggambarkann bahawa, kalau begitu keadaan dunia yang mana sebelum saya tamat belajar saya mengandaikan semua sudah beres


"Saya beranggapan banyak lagi kejahilan, perbezaan, sisi pandang yang sempit perlu dicari satu pendekatan agar satu kefahaman lebih harmoni dapat dicapai," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page