top of page

Kembalikan mandat rakyat, Anwar calon PM terbaik


Kemelut politik, kesihatan dan ekonomi yang melanda negara perlu ditangani oleh seorang calon Perdana Menteri (PM) yang berwibawa.


Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George, tidak ada pemimpin yang lebih layak untuk menggalas tugas tersebut dan mengeluarkan Malaysia daripada segala masalah melainkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut beliau, langkah Majlis Presiden PH sebelum ini yang konsisten menyokong pencalonan Anwar merupakan tawaran terbaik buat rakyat.


"Saya selaku pimpinan KEADILAN Cabang Kota Raja dan ADN Sentosa menyambut baik dan mendokong keputusan Majlis Presiden yang terus komited dengan pendirian asal Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM Malaysia. Reformasi secara menyeluruh hanya akan berlaku apabila Datuk Seri Anwar diangkat sebagai PM.


"Amat jelas rakyat tidak inginkan pilihan raya pada waktu ini, tetapi mahu kestabilan politik untuk menyelesai isu pandemik dan ekonomi.

"Saya berpendirian bahawa pilihan raya tidak diperlukan memandangkan mandat yang diberikan rakyat pada PRU-14 adalah sah sehingga 2023.


"Saya merayu kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mengembalikan mandat rakyat pada PRU 14 yang lalu dengan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut mengingatkan agar pimpinan PH merapatkan saf dan memperkuat benteng di tengah-tengah cabaran sengit dari Perikatan Nasional yang hampir kehilangan kuasa secara mutlak akibat perletakkan jawatan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin.


Selain itu, Dr Gunaraj merayu agar Yang di-Pertuan Agong memilih calon yang benar-benar mampu menyelamatkan negara untuk diangkat sebagai PM pada kali ini.


"Muafakat dan kerjasama sesama rakan komponen PH wajib dipertahan tanpa kompromi. Saya menyeru semua pimpinan PH di peringkat pusat mahupun negeri terus bersatu dan kekal intek bagi memastikan mandat rakyat yang mahukan reformasi tulen dapat dikembalikan dan Dtuk Seri Anwar segera menerajui negara. Sokongan dan dokongan daripada akar umbi amat penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan KEADILAN akan sentiasa bersiap siaga mempertahankan mandat rakyat.


"Atas semangat KEADILAN dan taat setia kepada Parti dan Presiden parti, saya menyeru seluruh keluarga besar KEADILAN untuk terus mendokong prinsip keadilan dan reformasi dengan tuntas.


"Sekali lagi saya ingin merayu kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mengembalikan mandat rakyat pada PRU 14 dengan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page