top of page

Kembalikan keyakinan rakyat terhadap koperasi

Updated: Nov 5, 2020


Ahli Parlimen dari KEADILAN menggesa kerajaan supaya mencari jalan bagaimana untuk mengembalikan dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sektor koperasi.


Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata masalah yang dihadapi oleh koperasi perlu ditangani terlebih dahulu bagi mengembalikan keyakinan tersebut.


"Koperasi masih hadapi banyak cabaran seperti keanggotaan, kewangan, kepimpinan dan pengurusan koperasi.


"Ia juga kerana operasi saiz yang kecil, budaya keusahawanan rendah, kurang pemahaman koperasi, dan pengurusan profesional, ini menyebabkan berlakunya kekurangan keyakinan dalam koperasi.


"Untuk menangani cabaran ini, apa yang perlu dilihat adalah sama ada anggota yang kurang keyakinan terhadap koperasi mereka sendiri atau kurang yakin terhadap lembaga koperasi dan aktiviti perniagaan koperasi tersebut," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.



Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pula menggesa kerajaan supaya meningkatkan pemantauan terhadap sektor koperasi.


"Saya nak tahu berapa banyak koperasi yang tidak aktif, berapa banyak koperasi yang untung dan memberi dividen kepada ahli dan koperasi tidak untung, ini penting.


"Sebab kerajaan perlu ambil maklum apa yang berlaku pada 1980an, di mana ada koperasi yang gagal besar terutamanya Koperasi Multi Purpose yang mempunyai kaitan dengan MCA, bagaimana Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh mengelak perkara ini dari berlaku sekali lagi.


"Isu ini sangat besar kerana kegagalan itu menyebabkan rakyat tidak yakin dengan koperasi. Sebab itu, perlu ada semak dan imbang, dan pemantauan SKM penting supaya dapat kembalikan keyakinan terhadap koperasi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page