top of page

Kembalikan GST satu malapetaka: Rakyat Malaysia belum sedia hadapi cukai regresif



Rejim Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagaimana dicadangkan oleh Pedana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dikuatkuasakan kembali hanya akan menyukarkan kehidupan rakyat Malaysia.


Aktivis KEADILAN, Danish Hairudin berkata, GST di negara maju memainkan peranan sebagai cukai pengimbang. Namun di Malaysia ia dianggap sebagai sumber hasil baharu kerajaan dan menekan kewangan rakyat.


"Di negara maju, falsafah pelaksanaan GST bukan untuk mencipta hasil baru bagi negara tetapi untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh. GST juga menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja. Secara tuntas, GST bertujuan to redistribute or diversify, and not increase the tax burden.


"Kejayaan pelaksanaan GST di negara-negara maju adalah infrastruktur sistem percukaian yang kukuh, di mana kadar cukai pendapatan dan kadar GST bergerak dalam arah bertentangan. Apabila GST diperkenalkan pada satu kadar, kadar cukai pendapatan diturunkan untuk offfset bebanan GST.


"Sebaliknya Malaysia masih belum bersedia untuk melaksanaan GST. Ini kerana lebih 40% rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan 80% daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera. Sudah pasti, GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin," katanya.


Selain itu, menurut Danish lagi, pelaksanaan GST juga secara langsung akan meningkatkan kadar inflasi yang akan mencengkam kehidupan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.


Katanya, dalam keadaan ekonomi yang tertekan tatkala harga barangan asas melonjak naik tanpa kawalan serta kekurangan bekalan makanan asas yang meruncing, pengenalan semula GST amatlah tidak sesuai pada ketika ini.


"Hari ini kita lihat bagaimana harga minyak masak botol seberat 3kg dijual pada harga maksimum. Harga minyak masak sawit botol di pasaran juga semakin mahal sehingga membebankan pengguna. Minyak masak botol pelbagai jenama 5 kilogram dijual sehingga RM43.50. Kenaikan itu menekan rakyat.


"Apabila berbicara soal kemiskinan, kita tidak seharusnya merujuk kepada golongan miskin tegar sahaja tetapi yang perlu diberikan perhatian adalah golongan rentan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk young workers, newly married couples dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai," katanya.


Oleh itu, Danish mencadangkan agar lebih baik kerajaan mengetatkan disiplin perbelanjaan dan memerangi ketirisan terlebih dahulu sebelum mencadangkan GST dikutip semula seperti era pentadbiran BN sebelum 2018 lalu.


"Dalam keadaan ekonomi penuh menekan ini, saya cadangkan kerajaan  mengamalkan "fiscal discipline" yang ketat dan memotong belanja mengurus di setiap kementerian, sebelum mencadangkan pelaksanaan GST kembali. Kerajaan wajib menunjukkan kesungguhan yang benar-benar ikhlas dengan mengamalkan perbelanjaan yang cermat dengan tadbir urus yang baik serta berintegriti.


"Kerajaan juga perlu mempunyai kesungguhan politik dalam menyelesaikan masalah kos sara hidup sebelum melontarkan cadangan untuk memperkenalkan GST semula," katanya.


Sebelum ini, PM Ismail sewaktu lawatan ke Jepun dan ditemuramah oleh media negara itu, Nikkei Asia berkata GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara dan Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengembalikan sistem cukai itu sebagai satu cara efektif menambah pendapatan bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.


Pendapat beliau itu ditentang oleh majoriti rakyat Malaysia yang telah melihat kenaikan harga barangan sejak GST 6% diperkenalkan pada 1 April 2015 lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page