Kembali kerja keras bantu pulih ekonomi negara - Dr Tan



Ekonomi negara yang semakin merosot dan kenaikan harga barang keperluan akibat kejatuhan nilai ringgit memerlukan rakyat bekerja keras untuk memulih kembali keadaan.


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dalam jamuan Majlis Jalinan Masyarakat KRT Taman Rowther 2022, semalam.


Menurut Dr Tan, rakyat juga perlu memilih kepimpinan politik yang betul dalam Pilihan Raya Umum ke 15 bagi memastikan negara berada di landasan pemulihan ekonomi yang betul.


"Banyak persatuan penduduk dan NGO menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun tidak boleh mengadakan perayaan akibat SOP pandemik Covid.


"Saya telah menghadiri 19 majlis hari raya dalam tempoh sebulan ini. Saya rasa sudah cukuplah masa menyambut hari raya. Kita perlu kembali ke tempat kerja masing-masing dan bekerja keras membantu memulihkan ekonomi negara kita


"Saya juga menyeru penduduk agar memilih pemimpin yang berkemampuan dan mempunyai kompetensi (dalam PRU 15) dan bukan sekadar hanya bercakap kosong," katanya.


Dalam kesempatan itu juga Dr Tan menumumkan sumbangan RM10,000 kepada KRT Taman Rowther bagi membeli peralatan dan keperluan pejabat.


Taman Rowther dahulunya berada dalam Parlimen Batu dan menjadi sebahagian daripada Wangsa Maju selepas persempadan semula kawasan pilihan raya. Kawasan tersebut unik kerana komposisi masyarakat India-Muslim yang ramai.


Bagi Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai (gambar atas, kanan sekali), beliau memuji Pengerusi KRT Taman Rowther, Mohamed Kathir Ali yang sering berkomunikasi dengan Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju berkenaan hal ehwal masyarakat setempat.


Beliau yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju menyifatkan Taman Rowther sebagai kawasan yang wajar dijadikan contoh.


"Seperti dalam KEADILAN, masyarakat di sini berbilang kaum dan setiap program dianjur bersama semua dalam komuniti, di bawah pimpinan KRT Taman Rowther.


"Selain itu komuniti di sini proaktif menyelesaikan masalah secara berdikari, baik isu masyarakat atau infrastruktur. Kawasan seperti Taman Rowther, Changkat Desa dan Taman Melewar wajar dijadikan contoh.


"Salam perpaduan, Salam Reformasi membawa objektif yang sama di sini. Saya berharap lebih ramai pemimpin akar umbi berkaliber seperi En Mohamed", kata Andre.


Majlis tersebut turut dihadiri mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib, OCS Balai Polis Setapak, Tuan Mohd Zambri Ruslan, Ketua Bahagian MCA, Datuk Ng How Doo, Wakil INSAF, Mustafa Ghazanfar, Pengerusi KRT Parlimen Wangsa Maju Hj. Zainal (yang juga AJK KEADILAN Wangsa Maju) , Pengerusi KRT Kampung Lee Kong Chian, En Kerk dan Pengerusi KRT Taman Melewar, Puan Jasmin.



Penduduk pelbagai kaum menghadiri Majlis Jalinan Masyarakat KRT Taman Rowther

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER