top of page

Kematian Zara: Wanita KEADILAN sokong arahan terbaharu Peguam Negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 9, 2025
  • 1 min read

Arahan terbaharu Jabatan Peguam Negara untuk menggali semula jenazah Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir bagi membolehkan bedah siasat dilakukan disokong penuh oleh Wanita KEADILAN.


Menurut Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Datuk Ginie Lim, arahan Peguam Negara itu adalah langkah tepat demi memenuhi hasrat keluarga dalam mencari kebenaran.


"Kes tragis ini melangkaui batas kaum, agama dan politik. Kebenaran hanya dapat dicapai melalui siasatan bebas, telus dan berlandaskan undang-undang, bukan melalui tuduhan liar tanpa bukti yang menambah luka keluarga dan merosakkan integriti sistem pendidikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Ginie Lim
Datuk Ginie Lim

Dalam pada itu, Wanita KEADILAN juga menghargai komitmen Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya wujud salah laku, di samping memastikan keluarga dan warga sekolah tempat berlakunya tragedi kematian Zara terus mendapat sokongan.


"Wanita KEADILAN berdiri teguh bersama keluarga arwah dan bersolidariti dengan seluruh rakyat Malaysia menuntut keadilan.


"Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan keluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini," katanya lagi.


Semalam, Jabatan Peguam Negara mengesahkan keperluan untuk menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berusia 13 tahun itu.


Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas penelitian dilakukan terhadap laporan penuh siasatan awal dikemukakan oleh pihak polis berhubung kes kematian remaja itu.


Jabatan Peguam Negara berkata, langkah tersebut dilakukan bertujuan untuk memastikan pihak polis memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page