top of page

Kematian Zara: KEADILAN Putrajaya mahu siasatan, tindakan tegas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 9
  • 1 min read

ree

Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya, Muhammad Fikri Abdul Aziz (gambar), melahirkan rasa dukacita mendalam terhadap kematian tragis pelajar sekolah agama di Sabah, Zara Qairina Mahathir, yang dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.


Menurut Fikri, pendirian KEADILAN Putrajaya jelas, bahawa semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau kerana kecuaian, mesti dibawa ke muka pengadilan tanpa sebarang pelindungan politik, institusi mahupun birokrasi.


"Kejadian ini bukan sahaja mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga membuka persoalan besar tentang keselamatan pelajar di bawah jagaan institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat dan membina untuk anak-anak kita," kata Fikri dalam kenyataan.


Dalam pada itu, beliau menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 3 Ogos yang menegaskan pelaku terlibat “tidak akan dilindungi”, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat bahawa kerajaan tidak berkompromi dalam isu melibatkan nyawa dan maruah rakyat Malaysia.


Oleh itu, beliau menuntut tindakan segera daripada pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaukan siasatan penuh dan bebas terhadap punca kematian serta unsur buli terhadap mangsa; tindakan tegas terhadap semua pelaku dan individu cuai, termasuk pengurusan sekolah; pendedahan laporan penuh siasatan kepada keluarga dan umum demi ketelusan; dan reformasi menyeluruh dalam sistem asrama dan pengurusan Sekolah Berasrama Penuh.


"Arwah Zara Qairina bukan sekadar statistik, beliau adalah lambang kegagalan yang tidak boleh diulangi," katanya.


Beliau menggesa supaya budaya “menyapu bawah karpet” masalah dihentikan dan keselamatan serta maruah pelajar dijadikan keutamaan sebenar negara.


"Kami akan terus bersuara. Kami akan terus mendesak. Demi nama Zara Qairina Mahathir," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page