Kematian doktor pelatih adakah disebabkan beban tugas melampau?



Kematian doktor pelatih atau 'houseman' di sebuah hospital di Pulau Pinang mengingatkan Exco Pertanian, Industri Berteraskan Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin kepada salah seorang keluarga beliau yang pernah menjawat jawatan sama.


Katanya, keadaan kerja yang tidak berperikemanusiaan di hospital di Malaysia menyebabkan anggota keluarga beliau mengalami beberapa kemalangan dan mujur tidak meragut nyawanya.


"Saya telah membangkitkan masa kerja tidak berperikemanusiaan yang tidak logik ini yang dihadapi oleh houseman berdasarkan pengalaman keluarga saya sendiri di Malaysia yang mana pekerja dalam sektor lain tidak akan pernah berlaku. Beliau mengalami 27 kemalangan kerana sangat letih tetapi alhamdulillah selamat. Kawannya meninggal dunia.


"Saya masih ingat doktor sebelum ini membunuh diri.


"Tetapi maklum balas yang saya dapat daripada Pentadbir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk ahli politik ialah semua doktor perlu melalui upacara ini. Ia seperti budaya yang diterima dalam profesion perubatan," katanya dalam kenyataan di Facebook.


Namun selepas ahli keluarganya itu bekerja di United Kingdom, kata Dr Norlela, baharulah beliau menjalani kehidupan yang normal selayaknya sebagai seorang doktor.


Dr Norlela mempertikaikan alasan yang dikeluarkan oleh KKM sebelum ini terkait kekurangan kakitangan perubatan kerana katanya masih banyak graduan dalam bidang berkenaan yang tidka mendapat kerja.


"Jabatan Kesihatan Negeri kata masalah overwork sebab tak cukup kakitangan tapi ramai graduan perubatan yang tak dapat atau tunggu lama untuk dapat kerja.


"Tak masuk akal KKM biar perkara ini berlarutan bila doktor perlu buat life-death decisions masa rawat pesakit dalam keadaan kerja macam ni," katanya lagi


Dilaporkan kelmarin seorang doktor pelatih meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Georgetown, Pulau Pinang.


Kematian pegawai perubatan itu, hanya beberapa minggu selepas dia dihantar ke Hospital Pulau Pinang, telah mencetuskan bantahan daripada rakan sekerjanya, yang menggesa pihak berkuasa untuk tidak menanggapi perkara ini sebagai isu "biasa".


Sebelum ini, dilaporkan seorang lagi doktor pelatih yang meletak jawatan di hospital sama telah meninggal dunia secara mengejut pada Disember 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER