Kematian dalam tahanan: KDN perlu arahkan PDRM siasat kematian di IPD Gombak



Kematian individu yang disiasat dalam tahanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agak membimbangkan. Dengan siasatan terhadap kematian tahanan S. Sivabalan dan A. Ganapathy masih berjalan, kini berlaku pula satu lagi insiden yang sama.


Menurut mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu berkenaan mesti segera mengarahkan PDRM melakukan siasatan ke atas kematian terbaharu bagi mengelakkan imej pasukan itu dipertikaikan rakyat.


"Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan apabila seorang lelaki dilaporkan mati dalam tahanan di IPD Gombak, lewat petang semalam.


"Orang Kena Tahan (OKT) yang ditahan bagi siasatan bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dikehendaki mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama dilaporkan mengalami sesak nafas selepas 45 minit ditangkap.


"Oleh itu KDN perlu mengarahkan PDRM menyiasat isu kematian ini dengan kadar segera," katanya dalam kenyataan.


Menurut Farshah lagi, berdasarkan statistik Kementerian Dalam Negeri, Malaysia telah mencatat angka kematian dalam tahanan yang tinggi dari tahun 2002 hingga 2016.


Hal itu, katanya tidak termasuk statistik banduan yang meninggal dunia dalam penjara.


Sehubungan itu, Farhash mahu kerajaan mengadakan inkues berhubung kematian terbaharu ini.


"Inkues wajar dijalankan melalui Mahkamah Koroner di bawah Kanun Acara Jenayah bagi mengenal pasti punca kematian serta memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk melibatkan diri dalam inkues-inkues tersebut melalui peguam.


"Malaysia sebagai sebuah negara demokratik yang sentiasa menjunjung prinsip keluhuran undang-undang, apabila berlakunya kes kematian dalam tahanan dan penjara atas sebab-sebab yang mencurigakan seperti ini, ianya amat dikesali serta bercanggah dengan hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan.


"Keperluan bagi mewujudkan penambahbaikan terhadap prosedur pengendalian tahanan dalam lokap agensi penguatkuasaan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) amat perlu agar dapat menangani isu-isu kematian seperti ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER