top of page

Kemasukan aliran agama ke program TVET dipermudahkan



Pelajar aliran agama, huffaz dan lepasan Maahad Tahfiz al-Quran bakal mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) .


Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) , DatuK Seri Mohammad Khaled Nordin berkata, pihak kementerian sedang mempertimbangkan membuka laluan khas lebih besar untuk pelajar berkenaan mengikuti pengajian TVET di semua politeknik bawah KPT.


"Ini bermakna, jika sekarang Program Techno Huffaz hanya dilaksanakan secara khusus dan terhad kepada empat program di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Sultan Azlan Shah, selepas ini pelajar tahfiz, aliran agama dan lepasan maahad akan mempunyai peluang serta laluan lebih besar dan pelbagai untuk mengikuti pengajian TVET di semua politeknik bawah KPT," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi KPT di Dewan Rakyat pada Isnin.


Tambah Khaled lagi, cadangan itu adalah selari dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan prinsip serta aspirasi Malaysia Madani yang mengangkat nilai unggul dalam diri untuk disatukan dengan kemahiran terbaik.

Selain itu, Khalid berkata terdapat peningkatan sebanyak 20% atau 20,520 kemasukan penuntut ke politeknik bagi program TVET tahun ini berbanding 16,962 orang tahun lalu.


Beliau berkata bagi semua program TVET diuruskan KPT, sebanyak 79.6% daripada tempat tersedia telah diisi dengan jumlah enrolmen semasa mencecah 144,816 pelajar secara keseluruhan.


"Sekalipun jumlah kemasukan ke program TVET di KPT adalah baik, KPT akan terus merancakkan usaha untuk memaksimumkan kemasukan sekali gus memenuhi tempat dan kapasiti yang sedia ada.


"Ia merangkumi syarat serta akses kemasukan yang dipermudahkan serta laluan khas kemasukan kepada golongan rentan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page