top of page

'Kemampuan pemikiran Pas menyalahkan, memangsakan' - Khaled

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 2
  • 1 min read


Seorang pemimpin kanan UMNO menyifatkan Pas sebagai sebuah parti yang gagal 'move on' atau bergerak ke hadapan selepas memutuskan hubungan dengan DAP.


Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama baik antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu dengan UMNO yang kini bersama dalam Kerajaan Perpaduan telah menyebabkan rasa cemburu kepada pemimpin Pas.


"Pas sepertinya tidak boleh 'move on' selepas berpisah dengan DAP.


"Demikian tebalnya cinta Pas pada DAP sehingga membuak cemburu pada siapa jua yang cuba berkawan dengan jandanya," kata Ahli Parlimen Kota Tinggi itu menerusi satu hantaran di Facebook.


Hantaran itu sebagai kenyataan balas kepada dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kemenangan calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning minggu lalu sebagai kejayaan UMNO menubuhkan UmDAP - gelaran yang diberi sebagai sindiran kerjasama antara kedua-dua parti itu.


Bagaimanapun, gelaran itu yang dimomokkan pembangkang bagi mengelirukan orang Melayu dianggap tidak berjaya.


"Pas sering menyalahkan dan memangsakan UMNO dan DAP apabila tewas PRK Ayer Kuning dan setakat itu sahaja lah kemampuan pemikiran mereka.


"Sedangkan bagi UMNO politik masa depan Malaysia adalah mengenai keberanian mengambil risiko.


"Justeru dalam membangun persefahaman politik masa depan, UMNO meneroka segala kemungkinan termasuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan ia tidak merugikan bangsa Melayu dan Islam, menafikan hak masyarakat majmuk yang lain serta merencatkan cita-cita menjadikan Malaysia negara terbaik," tegas Naib Presiden UMNO itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page