top of page

Kemalangan tren LRT: Kembalikan fungsi SPAD dengan peranan lebih bebas - AMK

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 31, 2021
  • 2 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia terdapat keperluan kerajaan untuk mengembalikan peranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengelak berulangnya kemalangan ngeri pelanggaran tren LRT, baru-baru ini.


Menurut Ketua Penerangan AMK Malaysia, Aizuddin Ariffin, peranan SPAD yang lebih bebas mampu memastikan pengangkutan awam lebih efisien dan selamat.


"Saya mencadangkan agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ditubuh kembali dan memainkan peranan asal. Walaupun saya maklum, terdapat Agensi Pengangkutan Awam Darat.


"Namun, agensi ini diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan. Bagi memastikan sistem pengangkutan awam negara selamat dan efisien, suruhanjaya ini harus kekal bebas daripada pemain-pemain politik," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau menyifatkan tragedi yang berlaku pada 24 Mei lalu itu sebagai kegagalan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam negara bagi memastikan keselamatan penumpang yang sepatutnya dijamin.


Pada masa sama, Aizuddin turut mengkritik sikap Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang meletakkan kesalahan terus kepada pemandu tren sebelum siasatan dibuat.


"Saya mengkritik cara Menteri Pengangkutan meletakkan kesalahan terus kepada pemandu tren seolah-olah mahu mengkambinghitamkan beliau dalam berdepan insiden ini walaupun siasatan menyuruh masih belum dilengkapkan.


"Sebagai asas, merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, terdapat masalah komunikasi yang menyebabkan berlakunya insiden ini.


"Di mana pemandu tren daripada stesen KLCC tidak dapat mengesan tren daripada Kampung Baru kerana berlaku masalah komunikasi =pusat kawalan.


"Saya merasakan bagi proses siasatan, perkara- perkara yang melibatkan sistem semboyan dan komunikasi termasuk pusat kawalan juga perlu dilihat sebelum sebarang kenyataan punca insiden dikeluarkan," katanya lagi.


Selain itu, Aizuddin juga mahu kerajaan mengumumkan segera bantuan dan pampasan yang sewajarnya kepada kesemua mangsa yang terlibat.

Katanya, bantuan yang diumum serta merta baru-baru ini oleh bekas Pengerusi Prasaran adalah tidak setimpal. Pampasan yang lebih tinggi relevan kerana insiden tersebut telah menyebabkan trauma, penderitaan, mempengaruhi pekerjaan serta psikologi dalam menjalani kehidupan seharian para mangsa kemalangan.


Insiden pertembungan 2 tren LRT pada 24 Mei lalu mengakibatkan 47 penumpang cedera parah, 6 kritikal dan 166 cedera ringan.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page