Kemalangan pembinaan lebuh raya: Kerajaan jangan bertindak selepas kejadian berlaku - AMK

Updated: Mar 24



Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk lebih bersikap proaktif dalam menentukan keselamatan projek pembinaan lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).


Menurut kenyataan bersama Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir dan Pengerusi Biro Profesional AMK, Jhen Seah, pihak kerajaan perlu bertindak secara lebih aktif untuk mencegah kecelakaan pembinaan yang boleh meragut nyawa. Apatah lagi projek pembinaan lebih raya berkenaan telah mengalami 3 kali kemalangan dalam masa 6 bulan.


"Sudah tiba masanya pihak kerajaan bertindak secara aktif untuk mencegah kecelakaan pembinaan yang boleh meragut nyawa yang tidak bersalah, dan bukan hanya langkah-langkah pasif bertindak balas apabila berlaku kemalangan. Maka kerangka keselamatan yang ketat, berkesan dan bebas mesti dilaksanakan secepat mungkin untuk menjamin keselamatan awam.


"Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di mana kontraktor tidak menutup lorong lalu lintas di bawahnya sementara penyelenggaraan dilakukan untuk peluncur kren gantry.


"Oleh itu, kami menggesa agar tindakan tegas diambil segera terhadap kontraktor dan subkontraktor yang melanggar SOP. Di samping itu, Perintah Berhenti Kerja juga harus dikeluarkan dengan segera untuk keseluruhan pembinaan Lebuhraya SUKE, supaya pihak berkuasa dapat mengkaji rancangan penilaian dan mitigasi keseluruhan projek," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, kontraktor dan subkontraktor yang tidak cekap mesti disenaraihitamkan dan dihapuskan daripada projek berkenaan sebelum kemalangan pembinaan lain di Lebuhraya SUKE berlaku lagi.


"Projek ini melibatkan beberapa pihak berkuasa dan agensi yang seharusnya memeriksa dan memantau keselamatannya.


"Oleh itu, kakitangan di Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan PROLINTAS (syarikat konsesi SUKE) yang juga terlibat dalam projek ini mesti dipertanggungjawabkan.


"Kami juga mendesak pihak kerajaan untuk menunjukkan ketelusan maksimum dalam menangani kejadian ini, agar kebenaran dan keadilan diberikan kepada mangsa korban.


"Laporan penyiasatan dengan sebab, akibat, tindakan dan langkah pencegahan mesti didedahkan kepada umum," kata mereka lagi.


Semalam, satu lagi kemalangan pembinaan berlaku di Lebuhraya SUKE, menjadikannya kejadian ketiga yang berlaku dalam masa enam bulan. Kemalangan kali ini telah meragut tiga nyawa pekerja pembinaan dan menyebabkan seorang pemandu cedera parah.

.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER