top of page

'Keluarkan sebanyak mungkin pengundi 18, pengundi baru untuk menang'



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 adalah medan yang jauh berlainan dengan PRU sebelumnya.


Bagi Setiausaha Pengelola KEADILAN Malaysia, Zahir Hassan, dengan pindaan Perlembagaan pada 2019 lalu yang membenarkan pengundi muda berumur 18 dan undi automatik dilaksanakan maka berlaku pertambahan pengudi yang besar pada setiap kerusi Parlimen.


Oleh itu, beliau berharap para pengundi muda atau pengundi baharu akan keluar beramai ramai membuat perubahan pemerintahan di negara ini.


"Pada 2019 lulus pindaan Perlembagaan yang membolehlah rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk mengundi.


"Bererti kalau sebelum ini umur 21 ke atas boleh buat pilihan, sekarang umur 18 sudah boleh buat pilihan. Dalam masa sama mereka berhak mengundi boleh secara automatik dan tidak perlu pendaftaran lagi," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Sungai Besar, Selangor malam tadi.


Menurut Zahir, jumlah tambahan pengundi itu jika berjaya ditarik untuk mengundi Pakatan Harapan maka akan mampu mencipta kemenangan kepada calon PH.


Hal itu, katanya amat penting, kerana undi pada ketika ini akan menentukan dasar pemerintahan 5 hingga 10 tahun ke hadapan


"Untuk Sungai Besar, dengan pindaan itu bilangan pengundi bertambah 32%. Bilangan ini penting kerana bila kita terlibat dalam PRU, apabila kita mengundi, katakan kalau saya bertanding dapat 5,000 undi, abang di sana dapat 5,001 undi maka siapa menang?


"Sudah pasti yang dapat tambahan 1 undi itu menang. Menjadi satu cabaran besar bagi kita semua untuk bawa seramai yang mungkin keluar bagi menentukan nasib kita 5 tahun akan datang.


"Mungkin kesan itu melebihi 5 tahun. Itu sebabnya, keadaan di negara kita hari ini kesan keputusan pengundi 10 - 15 tahun yang lepas," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

टिप्पणियां


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page