Keluarkan permit import ayam bulat tidak akan turunkan harga - Sim Tze Tzin



Kenaikan harga ayam bulat (segar) di pasaran tidak semestinya akibat kekurangan bekalan sehingga memerlukan permit import (AP) dikeluarkan kepada pembekal ayam tertentu untuk membawa masuk ayam dari luar negara.


Menurut Jurucakap Parlimen bagi Pertanian dan Komoditi KEADILAN, Sim Tze Tzin, kenaikan harga mungkin disebabkan pengambilan keuntungan dalam industri penternakan dan beberapa faktor lain.


"Selama setahun, permintaan daging ayam dalam tahap yang sangat lemah. Hotel tutup, restoran terjejas, industri pelancongan terkesan teruk. Semua masalah ini menyebabkan permintaan ayam bulat jatuh.


"Rantaian industri ayam bulat dari pihak pemborong, peruncit, pemandu lori, lojistik, sehingga gerai kecil jual ayam telah mengalami kerugian sepanjang tahun sehingga sekarang. Saya cukup simpati terhadap golongan ini.


"Permintaan daging ayam baharu mula meningkat. Ada kemungkinan masalah profit taking untuk mengurangkan kerugian tahun lepas.


KPDNHEP sepatutnya menyiasat harga sepanjang rangkaian pasaran. Mereka harus bantu rantaian bekalan ayam bulat ini. Bantulah mereka, jangan hanya menggunakan saman sahaja," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Sim, kenyataan Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nanta Linggi yang mengaitkan kenaikan harga ayam dengan meningkatnya kos bahan makanan ternak adalah lebih tepat untuk menggambarkan keadaan semasa.


Sebaliknya, cadangan Timbalan Menteri KPDNHEP untuk mengeluarkan permit import baharu ayam bulat tidak akan menyelesaikan masalah kerana harga ayam bulat dari luar negara lebih mahal berbanding di Malaysia.


"Faktor utama adalah kos makanan haiwan yang naik mendadak. Mengikut harga pasaran dunia, kos jagung haiwan telah naik 47.8%, kacang soya juga naik 59.5% (Ogos 2020 hingga Februari 2021).


"Akibat daripada itu, cost of production untuk ladang ayam meningkat mendadak. Ramai antara penternak mengalami kesusahan dan kerugian.


"Namun demikian, harga ladang (ex-farm price) masih pada kadar yang stabil iaitu lebih kurang RM5.60-RM5.80 sekilo. Hanya naik sedikit berbanding tahun lepas. Ini disebabkan oleh bekalan yang tinggi tetapi permintaan pasaran yang rendah," katanya.


Sehubungan itu, Sim mahu satu kajian menyeluruh dibuat oleh KPDNHEP sebelum tindakan tepat diambil dalam menangani kenaikan harga ayam di pasaran.


Oleh kerana bekalan ayam bulat di dalam negara mencukupi dan Malaysia mempunyai Self Sustainable Level pada 98.2%, katanya, maka langkah mengeluarkan AP baharu sangat tidak sesuai.


Langlah itu menurut beliau hanya akan mengundang masalah lain dalam industri ternakan ayam tempatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER