top of page

Keluarkan notis negara berisiko aktiviti pemerdagangan manusia



Kematian seorang mangsa pemerdagangan manusia, Muhammad Izzat Abdul Wahab yang meninggal dunia ketika dalam tahanan pihak imigresen Myanmar baru baru ini memerlukan Malaysia mengambil langkah yang lebih serius untuk mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya.


Menurut Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, kerajaan seharusnya mengeluarkan notis yang disebarkan di media sosial serta ditampal di pintu keluar negara berupa nasihat perjalanan ke kawasan yang berisiko agar rakyat lebih berhati hati.


"Dengan meningkatnya kes kes permerdanganan manusia saya berharap kita membuat kempen. Terutama kerajaan atau pihak berkuasa untuk membuat notis di lapangan terbang agar rakyat kita berjaga jaga apabila pergi ke negara yang kita anggap risiko untuk menjadi mangsa penjenayah


"Supaya rakyat kita sedar. Walaupun kita dedahkan dalam akhbar tetapi jika tidak ada orang membaca mreka tidak tahu juga


"Jadi di pintu masuk atau keluar negara ini diadakan kempen untuk mendedahkan negara berisiko yang sepatutnya rakyat kita berjaga jaga sebelum pergi ke sana," katanya dalam sidang media semalam.


Jelas Musa, terdapat taktik baharu yang digunakan oleh sindiket pemerdagangan manusia di Asia.


Katanya, sebeum ini penjenayah hanya mengumpan remaja Malaysia yang ingin mencari pekerjaan di luar negara namun hari ini mereka mengumpan dengan peluang perniagaan.


"Dulu orang cari kerja tetapi kini peluang perniagaan. Jadi ini boleh berlaku kepada sesiapa. Ada yang masuk dalam Facebook, ini peluang kita untuk berniaga.


"Jual beli, ambil barang dari sana untuk dijual di sini. Berkemungkinan bukan sahaja remaja yang tertipu tetapi orang yang bisnes betul betul untuk menjalankan perniagaan.


"Ini perlukan pandangan serius (dari kerajaan). Ini satu taktik baharu untuk pemerdagangan manusia," katanya.


Bagi jenazah mangsa yang terkoban dalam tahanan imigresen berkenaan, Musa yang juga bekas Ketua Polis Negara mahu dilakukan satu bedah siasat di Myanmar dan satu lagi sebaik jenazah tiba di Malaysia.


Hal itu penting, katanya untuk membandingkan keputusan post mortam bagi memastikan mangsa tidak terbunuh akibat perbuatan jenayah.


"Saya berharap apabila dibawa balik ke sini satu siasatan pihak polis dilakukan dan post mortem kedua dilakukan untuk kita bandingkan sama ada sebab kematian itu betul seperti mana dibuat oleh pihak perubatan di Myanmar. Supaya dia bukan jadi mangsa jenayah.


"Kalau mangsa jenayah, kita kena siasat siapa penjenayah. Saya harap pihak berkuasa membantu post mortem kedua. Untuk memastikan kematian tidak ada unsur jenayah. Kita ada kerjasama dengan pihak polis di sana dan boleh kita minta lakukan siasatan," katanya lagi.

0 comments

Hozzászólások


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page