'Keluarga Malaysia' tetapi wang dilarikan ketua keluarga tidak mahu siasat?



Tema kerajaan 'Keluarga Malaysia' terus kabur apabila pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mahu membahaskan wang 'keluarga' yang dilarikan keluar negara di Parlimen.


Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, konsep keluarga itu terpesong sebaik sahaja ketua keluarga tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarganya.


"Kita nampak apa maksud Keluarga Malaysia ialah untuk mengenengahkan keluarga yang mempunyai hak sama rata dalam satu wadah perjuangan, dan disalurkan kepada rakyat Malaysia.


"Tetapi kita tak nampak sasaran. Kerajaan Perikatan Nasional ini tidak ada manifesto, dan kita tidak boleh nampak apa hala tujunya.


"Dalam masa 100 hari percubaan ini kita tak nampak. Saya lihat dalam keadaan sekarang kalau benar PM ingin mengenengahkan konsep Keluarga Malaysia dia tidak boleh mengenepikan apa sahaja masalah negara misalnya Pandora Papers yang tidak langsung diangkat.


"Kerajaan sepatutnya serius dalam memastikan Keluarga Malaysia ini tidak dikhianati, dirompak dan dicuri," katanya dalam forum maya Borak Dasyat bertajuk: 'Apa Helah Disebalik Keluarga Malaysia', malam tadi..


Abdullah menegaskan, sekiranya konsep keluarga mahu diterapkan, kerajaan seharusnya membantu kawasan-kawasan di bawah pentadbiran Ahli Parlimen atau Negeri pembangkang.


Keluarga dalam erti kata yang besar, katanya, mempunyai konsep saling bantu membantu, bukannya membiarkan sahaja anggota keluarga dalam kesusahan.


"Kalau keluarga, demam mak kita, demam kita. Itu maksudnya kekeluargaan. Tidak ada sempadan perkauman. Yang timbul waktu ini kita keluarga, namun apakah langah keluarga itu untuk ketengahkan hak rakyat Malaysia dijelmakan dalam bentuk dasar?


"Banyak kita tidak boleh kompromi dari segi pendidikan, memperkasakan ekonomi, pekerjaan. Ini semua rangkaian yang membentuk keluarga harmoni.


"Adik susah, abang kena bantu. 100 hari percubaan ini kita mahu tengok. Setakat ini (apa yang dimalkan rejim PN) kita tidak boleh meyakini inilah sifat keluarga yang wajib kita amalkan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER