top of page

Keluar mengundi rendah punca kekalahan PH, KEADILAN



Faktor keluar mengundi yang rendah sekitar 54%, yang terburuk dalam siri Pilihan Raya Negeri (PRN) di Malaysia menjadi punca kekalahan Pakatan Harapan semalam.


Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu PH selesa apabila lebih 80% keluar mengundi. Dengan sekitar 20% pengundi PH tidak keluar maka keputusan yang diperolehi pada 12 Mac itu boleh dianggap memadai.


Bagi calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik faktor kurang keluar mengundi menyebabkan kekalahan beliau di DUN berkenaan biar pun jentera KEADILAN berkempen sehabis baik.


"Kita dapati peratusan keluar mengundi begitu rendah, bukan sahaja di DUN Layang Layang tetapi juga seluruh Johor dan ini agak menjejaskan beberapa peratusan pengundian yang diberikan kepada PH sebelum ini


"Kalau kita lihat peratusan mengundi mereka yang mengundi kita (pada PRU 14), mungkin tidak pulang, berada di Singapura dan tidak dapat masuk. Mungkin ada yang bimbang terhadap gejala Covid.


"Kita hormati keputusan yang mereka buat dan kita tahu mengadakan PRN pada waktu Covid mencabar dan setiap orang ada kerisauan sendiri," katanya dalam siaran media, malam tadi.


Bagaimanapun, menurut beliau, satu faktor yang tidak boleh dikesampingkan adalah undi anak muda yang tidak diberi lebih tumpuan dalam PRN kali ini.


Hal itu, katanya akan diperbaiki menuju PRU yang mungkin dilangsungkan beberapa bulan dari sekarang.


"Saya dapati perlu diberi perhatian kepada golongan muda atau mengundi buat kali pertama.


"InshaAllah dengan kesedaran sivik dan kesedaran peri pentingnya pilihan raya, agar di masa hadapan mereka boleh keluar mengundi dan memberikan pilihan yang terbaik," katanya.


Selain itu, beliau juga mengucapkan penghargaan kepada jentera parti di Simpang Renggam dan jentera luar yang membantu.


"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan undi di DUN Layang Layang dan rakan rakan dari Selangor dan Perak yang telah memberikan dokongan dan sokongan.


"Saya sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam akan tetap komited memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terus memberi sumbangan kepada masyarakat Simpang Renggam," katanya.

Hassan Abdul Karim

Manakala Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berpendapat, kekurangan ketara pengundi yang keluar merupakan protes senyap kepada kerajaan BN yang memperjudikan kesihatan bangsa Johor mengadakan PRN dalam keadaan Covid yang meningkat jangkitannya.


"Pilihan raya yang dipaksakan, jadi rakyat Johor protes. Tak boleh salahkan rakyat jika mereka tak keluar mengundi," katanya.


PH meramalkan kemenangan sekiranya angka keluar mengundi menghampiri 80% sebagaimana PRU 14 lalu.


Bagaimanapun ramalan tersebut tidak berlaku semalam dan PH menghadapi kekalahan di banyak kerusi campuran, hanya DAP menang selesa di kerusi majoriti Cina.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page