Cuaca yang baik sepanjang hari di Johor sepatutnya memberi kesempatan untuk semua pengundi menunaikan tanggungjawab.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni, peluang mengundi yang merupakan kesempatan lima tahun sekali untuk melantik kerajaan tidak sepatutnya disia siakan oleh rakyat.
Beliau bimbang angka keluar mengundi yang rendah akan membantutkan peluang KEADILAN dan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.
"SPR umumkan peratusan mengundi PRN Johor pada pukul 1 petang cuma 39%.
"Angka itu masih kecil.
"Jangan sia-siakan masa depan Johor," katanya.
Justeru, calon KEADILAN DUN Bukit Naning itu menyeru lebih ramai keluar membuang undi dalam masa berbaki 2 jam lagi sebelum pusat mengundi ditutup.
Dalam pada itu, media sosial pro PH mula menyiarkan poster poster merayu pengundi agar keluar beramai ramai pada sebelah petang.
Salah satu poster menyatakan PH hanya boleh menang sekiranya keluar mengundi melebihi 70%. Sekiranya tidak, maka 'parti biru gelap' akan menang dan membentuk semula kerajaan.
Comments