Oleh: Abdullah Zaid
Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, ust Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengingatkan pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram untuk turun beramai ramai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada 9 September ini bagi memenangkan calon Pakatan Harapan (PH).
Hal itu menurutnya, pengundi di kedua-dua kerusi terbabit wajar mengambil iktibar pengalaman buruk yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, yang gagal menguasai kemenangan dua pertiga kerusi DUN akibat daripada peratusan pengundi yang rendah.
"PRN Ogos lalu, ada yang menang 30 undi (calon PN) kalau peratusan pengundi meningkat dua peratus sahaja kita boleh tambah empat kerusi DUN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Ceramah Perpaduan Grand Finale Pulai di Taman Anggerik, Johor Bharu, malam ini.
Sebagai rekod, Mohd Zawawi tewas kepada wakil PN dengan majoriti sebanyak 167 undi sekali gus mengagalkan calon PH itu menjadi ADN Sungai Kandis untuk penggal kedua.
Justeru itu, untuk memastikan kemenangan bagi kedua kerusi yang pernah disandang oleh Bapa Rahmah, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Zawawi menyeru orang ramai untuk memilih calon PH.
"Saya mahu mengajak rakan-rakan yang hadir hari ini untuk turun mengundi dan menarik seramai boleh pengundi untuk memilih saudara Suhaizan (calon PH)," ujarnya.
Pada 9 September ini, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN, Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai dan calon Bebas, Samsuddin Mohd Fauzi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang serentak dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan penyandang kedua-dua kerusi terbabit, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia pada 23 Julai lalu.
Bagi DUN Simpang Jeram, Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Ir. Ts. Nazri Abdul Rahman berdepan dengan calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya dan seorang calon Bebas, S Jeganathan.
Σχόλια