
Peratusan keluar mengundi yang agak lembab pada pagi ini terutama di negeri yang dipertahankan Pakatan Harapan (PH) tidak sewajarnya berlaku.
Bagi Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin, rakyat Malaysia seharusnya menunaikan tanggungjawab mengundi bagi menentukan masa hadapan mereka untuk 5 tahun lagi.

"Saya menyeru supaya pengundi turun mengundi, menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Ini negara demokrasi kena keluar menundi.
"Cuaca keseluruhan baik. Kita teruskan momentum pertahakan kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan.
"Saya menyeru supaya turun mengundi beramai ramai, masa masih ada," katanya.
Di samping itu Noraini juga menyeru agar jentera PH - BN supaya lebih pantas mengeluarkan pengundi, terutama pengundi putih yang boleh menambah peluang Kerajaan Perpaduan mempertahankan kemenangan.
Berdasarkan daftar Suruhanjaya Pilihan Raya peratuan keluar mengundi setakat jam 10 pagi ini, Kedah 20%, Kelantan 17%, Terengganu 22%, Pulau Pinang 20%, Selangor 19% dan Negeri Sembilan 18%.