Situasi Covid 19 yang masih belum berakhir dan cuaca buruk pada sebelah petang menyaksikan peratusan keluar mengundi amat merosot pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini
Setakat pukul 3.00 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan hanya 52% yang telah keluar membuang undi.
Sekiranya keadaan tidak membaik menjelang penutupan pusat mengundi pada pukul 5.00 petang maka mungkin peratusan mengundi kali ini akan mengulangi situasi dalam PRN Melaka bulan lalu, iaitu di bawah 70%
Dalam pada itu, calon-calon KEADILAN bagi kerusi DUN Satok, Datuk Ir Dr Nor Irwan Ahmad Nor telah mengundi pada pagi tadi, begitu juga calon DUN Tupong, Ahmad Nazib Johari.
Sementara itu, keadaan mengundi tidak rancak pada sebelah petang dan akibat cuaca buruk di sesetengah tempat. Pengundian hanya rancak pada sebelah pagi dan tengah hari di bandar bandar seperti Kuching serta kawasan sub bandar sekitarnya.
Comments