Kelewatan bentang RUU Anti Lompat Parti harus jadi akta lebih baik



Pertubuhan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengharapkan kelewatan membentang Rang Undang undang (RUU) Anti Lompat Parti akan membawa kepada pembentukan akta yang lebih baik dan sempurna.


Menurut kenyataan BERSIH, kelewatan pembentangan yang dijanjikan pada 11 April ini sedikitnya menimbulkan kekecewaan dalam kalangan rakyat yang mahukan pilihan raya adil pada masa hadapan, namun diharapkan kerajaan akan berusaha keras membentangkannya pada sidang Julai nanti.


"BERSIH menuntut kerajaan agar komited membentangkan RUU anti-lompat baharu dan lebih kukuh pada minggu pertama sidang Parlimen Julai.


"Bagi mengelak kelewatan selanjutnya, (dicadangkan) RUU Anti-Hopping Recall yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said harus diterima pakai untuk rundingan dan penyempurnaan segera.


"Namun BERSIH berasa kecewa dengan berita terkini bahawa Kabinet Persekutuan telah membuat pusingan U pada pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang dijadualkan pada Isnin ini, biarpun Menteri Undang-undang Datuk Seri Wan Junaidi dilaporkan berkata sidang khas Parlimen akan diteruskan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan yang akan memudahkan pengenalan RUU anti-lompat pada masa hadapan," kata mereka.


Menurut BERSIH lagi, RUU Anti Lompat Parti sedia ada masih terdapat beberapa kelemahan dan boleh diperbaiki sementara tempoh penangguhan kerana ketua parti boleh memecat Ahli Parlimen sekiranya tidak sehaluan dan boleh mengosongkan kerusi untuk diadakan Pilihan Raya Kecil.


Oleh itu, BERSIH mempromosikan RUU yang mana rakyat diberi peluang menentukan sama ada wakil rakyat tersebut perlu dipecat atau dikekalkan melalui Undang-undang Anti-Hopping Recall yang telah digubal oleh BERSIH dan dimajukan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini.


"Dalam reka bentuk itu, kerusi mana-mana Ahli Parlimen boleh dikosongkan atas tiga alasan; Ahli Parlimen keluar atau dipecat oleh parti, Ahli Parlimen Bebas menyertai parti, serta lompat parti oleh parti yang tidak dilindungi oleh Akta Anti Lompat parti.


"Dengan menyerahkan keputusan kepada pengundi, Undang-undang Anti-Hopping Recall boleh mengatasi dua kecacatan dalam cadangan semasa Akta Anti Lompat Parti," kata mereka.


Namun walau apa pun tafsiran dan RUU yang akan dibentangkan, BERSIH berharap proses itu dapat disegerakan dan kerajaan tidak melakukan sekali lagi pusingan U yang akan merosakkan keyakinan pengundi kepada proses pilihan raya.


Menurut BERSIH, apabila RUU Anti Lompat Parti dibentangkan pada Julai, Ahli Parlimen atau parti yang enggan menyokong rang undang-undang itu perlu bersedia untuk menghadapi kemarahan pengundi yang terpaksa mengalami ketidakstabilan politik selama bertahun-tahun dan melihat undi mereka dikhianati oleh ahli politik.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER