top of page

Kelas tadika diperluas ke kolej vokasional, institut pendidikan guru



Kementerian Pendidikan (KPM) akan mewujudkan kelas prasekolah di seluruh institusi di bawah kelolaannya termasuk Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bermula pada sesi persekolahan 2024/2025.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata penambahan itu berdasarkan permintaan, keperluan dan keupayaan komitmen kementerian.


"Hala tuju kita setakat ini, kita akan memperluaskan prasekolah di bawah institusi KPM. Prasekolah KPM percuma dan kita mahukan ibu bapa memilihnya.


"Sifat awal prasekolah ini bagi mengelakkan keciciran dan melakukan intervensi awal. Ia akan berlaku dengan pesat kerana kita akan mewajibkan di semua institusi KPM dan di semua 27 buah IPG,” katanya dipetik selepas merasmikan Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Kuala Lumpur hari ini.


Fadhlina berkata sebanyak 129 kelas prasekolah ditambah tahun ini menjadikan jumlah keseluruhannya 9,909 buah di seluruh negara bagi memberi peluang lebih ramai murid mendapat pendidikan awal.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan memberi khidmat kaunseling serta bantuan selayaknya kepada Attar Azim Syukran Jamil, 9 yang kehilangan empat ahli keluarga termasuk ibu bapanya dalam kemalangan di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi di Kuala Krai, Kelantan, Sabtu lepas.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page