top of page

Kelas pemasangan LED, tingkat peluang pekerjaan anak muda

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 21, 2024
  • 2 min read


Kerjasama antara Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, syarikat LED dan PJ Up! yang ditandatangani semalam bagi mengadakan kelas latihan pemasangan peranti LED secara percuma akan meningkatkan peluang pekerjaan bagi generasi muda di kawasan parlimen tersebut.


Menurut kenyataan Pejabat Ahli Parlimen Petaling Jaya, inisiatif PJ Up! di bawah seliaan beliau itu akan berkerjasama dengan Helio Media Sdn Bhd dalam menawarkan kelas pemasangan LED secara percuma.


"Selain daripada bantuan kerajaan sedia ada, rakyat memerlukan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi dalam bidang pertumbuhan tinggi ekonomi.


"Kerjasama dengan syarikat persendirian penting supaya peningkatan kemahiran anak muda adalah berdasarkan keperluan industri. Objektifnya sangat jelas, iaitu memberi peluang kepada masyarakat terutama golongan rakyat biasa untuk memceburi bidang berteknologi terkini secara percuma.


"Kelas pemasangan LED dipilih kerana ia adalah teknologi baru dan akan berkembang pada masa hadapan, seperti yang kita dapat lihat penggunaan LED berkembang pesat di Malaysia.


"Tren ini bakal mencipta peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih lumayan," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, kelas yang bermula pada 11 Mei hingga 19 Mei itu pada permulaan melibatkan 25 orang pelajar dengan kos 400 Euro seorang. Mereka yang menyelesaikan kursus akan memperolehi sijil level 1 daripada Nova Star dan Helio Media. Sijil tersebut diiktiraf di China dan Eropah.


"Peserta yang dapat sijil nanti berpeluang menjalankan khidmat pemasangan LED, menjadi pakar perundingan berkenaan pemasangan LED serta menjalani perniagaan servis penjagaan dan pemasangan LED," katanya.


Sebelum ini, Chean Chung juga bekerjasama dengan syarikat photovoltik untuk menawarkan kelas pemasangan percuma peralatan berkenaan. Respons yang baik dari peserta dan industri mendorong beliau untuk lebih maju mengadakan kelas pemasangan LED secara percuma.


Untuk tahun ini, sasaran PJ Up! adalah memberikan peluang kepada lebih 500 anak muda menceburi bidang High-growth-high-value (berkemajuan dan bernilai tinggi).

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page